Diberi tempoh masa 2 minggu sahaja.
Nasib baik minggu tu hari sukan sekolah iaitu isnin, selasa, rabu dan khamis. Maka hari jumaat tu sekolah saya cuti peristiwa sempena hari sukan. Dan saya memohon cuti rehat khas pada hari Isnin.
Khamis tu sejurus selepas sukan hari Khamis tu saya terus ke airport. Seperti biasa, terima kasih cik Yvonne kasi tumpangkan.
Balik ke rumah Melaka dulu.. hehe jam 12.40 malam baru tiba di KLIA. Terima kasih abg mat sentiasa ada untuk mengambil adi kat airport. Masa ni isteri dia, mak dan adik saya pon ada sekali..weee hepinye.. sampai rumah da nak pukul 3 pagi kot..
Jumaat. Seperti biasa menjadi babysitter anak kak eda..bila dak arash balik daripada sekolah pagi, muka terkejut, cik adi dia ada kat rumah. Terus dia datang peluk dan cakap ayat faberet "da lama abang tak jumpa cik adi kan" "cik adi tak pergi sekolah ke hari ni?'' hahahah dan malam tu kak long dan Ehsan datang rumah. Tapi tu lah, saya pula kene key in peserta untuk olahraya serian pulak untuk minggu hadapannya. Aisehhh cikgu ni sampai ke kampung pon still kerja tau.
Sabtu siang jaga dak ainul dan dak arash. emm tapi seronok sangat dapat makan masakan mak. Minta mak masak kuah tumis air dan ikan goreng ja tapi subhanallah nikmatnye weyyy..Seronokkan bila duduk kat rumah. Malam kita pergi tengok bola. For the first time saya tengok bola di stadium, best nye. Melaka United vs Pahang. Sorak la ape lagi. Berbakul2 kata-kata 'sakti' kau dengar. Almaklum orang melaka kan.. hahahah
26/2/2017 Ahad: Seawal jam 5.05 pagi suda bergerak ke UTM Skudai. Percaya tak saya drive sendiri sampai sana. Alhamdullilah selamat sampai pada jam 8.05 pagi, terus ke pejabat fakulti berjumpa kak wanti. Perkara yang perlu dilaksanakan:-
- Proofread abstract english tesis
- Proofread abstrak bm tesis
- Print transkrip akademik
- Isi borang serahan tesis
- Dua CD untuk tesis : full access dan pre access. Ingat buat cover cd tu awal. Tapi sekejap ja siap. 5 minit ja.
- Jilidkan tesis
- Minta tandatangan penyelia.
Untuk hari ni saya hanya sempat buat 1,2,3,4 dan 6. Gigih sungguh daripada 5.00 petang pergi print, susun, sampai pukul 8 malam okei pergi hantar untuk jilid di rainbow. Ambil harga urgent esok pukull 1 petang sudah boleh ambil. Selesai kerja hari ini, terus parking depan masjid UTM dan telefon Syahrul, lapar....hahahha kami makan mee bandung sedap sambil video call dengan dak kamis yang berada di eropah tuuu...dan malam tu oleh sebab saya tak ada tempat nak tido, maka tidur la di U hotel RM65 satu malam, okei selesa.
27/2/2017 Isnin: Bangun pagi dan burn kedua-dua CD (5). Nasib sempat buat cover CD tu semalam. Maka setel. 11.00 pagi checkout hotel dan terus ke Aeon Taman U. Makan tengahari dan mencari hadiah kahwin dak tika. Jam 1 petang tangkas saya ke rainbow untuk mengambil tesis yang telah siap dia jilidkan. emm masih bau gam lagi hahaha. Terus drive ke kulai untuk minta tandatangan Dr Sykin (Penyelia 1) yang sedang cuti bersalin. Kemudia terus pecut ke Taman Tun Aminah (Penyelia 2) untuk minta tandatangan juga. Dan pengakhirannya hantar ke pejabat fakulti. "Tunggu surat konvo bulan April nanti" Sebak hati saya nak nanges rasa bila kak wanti cakap macam tu..
Alhamdullilah I am done. Terima kasih semua orang yang telah banyak membantu dan mendoakan perjalanan sarjana saya ini. 4 tahun. sangat lama dan panjang. Terlalu banyak yang ditempuhi.
No comments:
Post a Comment