Happy sangat!!!
Hujung minggu ini adalah kerja memenuhkan ilmu didada.
Sampai ke Universiti Malaya kami pergi cari ilmu tentang penulisan high impact
jurnal. Objektif masuk bengkel ini adalah untuk menyiapkan satu paper jurnal
untuk dihantar ke jurnal yang mempunyai impact factor yang tinggi..erghhh Berat
sebenarnya objektif itu, lagi-lagi untuk pelajar master ni. Untuk mendapatkan ikan yang besar, umpan pon kenalah besar.
Sekali mamaku kata, nanti kita pergi balik naik flight dan tidur dekat cititel hotel
midvalley. Terus membulat mata. Ok setuju! Hahahah memang tak boleh pakai..tapi
kalau tak ada flight dan hotel tu pun saya tetap kata setuju. Mahal kot yuran
bengkel ni. Don’t worry semua mamaku support. Duit geran katanya. ^_^
Jumaat petang saya, zati dan mamaku pun mulakan perjalanan kami.
Naik flight firefly, mulanya tersalah nama eja pada boarding pass, tapi telefon sekejap ja dia betulkan
dan terus boleh check in seperti biasa. Flight dia agak kecil sedikit, jadi
memang agak terasalah gegarannya sedikit. Jadi bagi siapa yang mabuk perjalanan, ambillah pil mabuk siap-siap ye.. masa stewardess bagi air, saya pilih
jus oren, rasa pening je minum seteguk, pening lagi seteguk lagi. Roti simpan
dalam beg..hahha Ala sekejap ja, tak sempat nak feeling2..haha dalam sedomestic ja kan. Ok la tu..Peghh KL memang jem teruk! Daripada airport subang ke
midvalley tu 1jam setengah duduk dalam teksi masa perjalanan pergi tapi bila
balik pula alhamdullilah tak jem dalam 30 minit dah sampai. Oh ya. kalau nak senang dalam penggunaan teksi, bolehlah install application MyTeksi dalam android. Ok la dia akan detect teksi berdekatan dan teksi itu akan ambil kita terus. senangkan.
Ok dah sampai hotel. Best sangat wei
cititelhotel ni. Makan dan jalan-jalan senang sebab sebumbung dengan midvalley. Saya bagi 4 bintang. Kami duduk di tingkat paling tinggi, tingkat 28. gayat, jakun semua ada. almaklum orang kampung dapat duduk kat hotel. Fasiliti, dan environmentnya memang de boom! Zati masuk bilik air
terus panggil, "radhiah meh sini..ta da"..ada bath tub, shower..yang kelakarnya
siap ada penimbang berat badan. Ok berat saya bertambah! Actually saya start
sedar yang berat saya sudah bertambah semasa di Korea. Yang mana sebelum tu
berat saya maintain 36-37kg sahaja. Tapi sekarang berat saya maintain 40-41kg..
Do I’m happy? Of course! 41kg tu pon masih underweight lagi tau. BMI tak
seimbang. hahha
Cititel Hotel |
Ok Bengkel Penulisan Jurnal berimpak tinggi diadakan selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. Instructornya ialah Dekan RMC UM yang mana beliau juga
seorang editor untuk jurnal yang berimpak tinggi. Bukan calang-calang orang tau. Bengkel ini sangat membantu
dalam teknik bagaimana untuk menjadikan paper kita being selected to be publish in high impact jurnal.
Sememangnnya ia memang susah untuk dapat publish jurnal yang berimpak tinggi. Dan
ianya amat penting bagi seorang yang bergelar penyelidik. Ala ibarat kalau masa
sekolah dulu SPM kena dapat 10A, tapi kini kena publish jurnal yang berimpak
tinggi. Susahkan, tapi kalau tahu teknik yang betul. Maka nak dapat tu agak
memudahkanlahkan. Sebab atleast kita dah ada guide dan tahu apa yang do and don’t dalam menulis jurnal yang berimpak tinggi. Insyallah.
Hahah agaknyalah. Saya pun baru nak belajar menulis high impact jurnal ini. Selain
itu, kami juga dapat mug daripada urusetia. Jika anda berminat untuk mengikuti
kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak CCISUM ini, boleh singgah ke laman webnya : http://www.ccisum.com/
Prof Low Wah Yun |
cenderamata from CCISUM |
Ok itu sahaja, terimakasih mamaku belanja kami. Opss, sekejap! ada pesanan penaja : jangan lupa siapkan jurnal tu. glurppp.. I i cip ^^'
Last day, jom balik Johor |
No comments:
Post a Comment