Jumpalah mamaku petang tadi..diskus sikit, cadangan sikit. Gedebak-gedebok-gedebak-gedebok..memory
full…emm nak cerita apa ek? hahhahah
Sememangnya perasaan “ini” selalu muncul bila keluar sahaja daripada bilik supervisor
kot. Yang mana, hati akan berkata “banyaknya tak siap lagi, boleh ke siap?” dan
otak pun nak berkata “nak tak nak memang kena siapkan jugalah, jadi redah jela”..
Rezeki hari ini hujan mencurah-curah ke ladang gandum, makanya
saya tersekat di fakulti seorang diri. Sementara nak tunggu hujan berhenti tu
solat asarlah sekejap. Masa ini juga lama jugalah termenung sebenarnya mengenangkan masa
hadapan. Layan perasaan lebih..hahaha Tunggu punya tunggu punya
tunggu macam tak ada harapan ja nak berhenti hujan ni. Jadi jam 6.30 petang tu
pun teruslah redah hujan juga. Sejuk wei..bawa motor slow saja sebab jalan
licin dan penglihatan yang bermasalah lagi dengan berkaca mata ini. Memang rasa
nak demamlah masa balik tu. Mandi…lapar pula..emm nak makan tapi malas nak buat
apa-apa. Hahah dasar pemalas kamu ya..
Jadi masak nasi, buat megi tambah telur, makan dengan tomato
fresh. Ha…inilah makanan saya masa kat korea dulu kalau agak-agak dah malas
atau tak ada barang nak masak.hhaha kami student ma..tak kisah sangat bab makan
ni, asalkan makan. ye dop.. Kemudian tidur.. Perghhh awalnya tidur hari ini.
Jam 8 .30pm dah tidur.
Padah tidur awal jam 11.30malam dah terjaga. Elok pula
mata ni segar, rasa nak demam tadi semuanya dah elok. Perasaan yang gusar gelisah semua hampir dah
hilang. Jadi apa nak buat yek? Saya pun buatlah list apa yang perlu dibuat
untuk master saya selepas sesi discussion dengan mamaku petang tadi.
Kemudian, ok kerja hari ini dah siap, (buat list je pun, keje tak buat lagi..hahhaha) jom start connect to wifi
UTM dan kshow time! Hahha memang tak boleh pakai..hey penting tau, sebelum jumpa
mamaku biasanya saya akan siapkan kerja dulu (kalau boleh siaplah) dan
tangguhkan keinginann diri yang membuak-buak daripada tengok korea. Jadi lepas
dah tunjukkan kerja tadi, haruslah reward diri sendirikan. Hahaha biasa running
man dulu, tapi episode minggu ni tak best sangatlah. Kemudian tengok We Got
Married pula, saya hanya tengok part pasangan Yura dan Jonghyun.tak follow sangat WGM ni sebenarnya. Actually saya suka gaya gelak Yura tu ja,
nak tengok dia gelak ja, hahahhahah tunggulah tak lama lagi saya punya gelak macam tu pula.
Bila cerita bab ketawa dan gelak ni, saya ada 1 masalah personaliti
dalam bab ini, yang mana saya tak akan gelak sopan, sebab adalah kejadian masa
sekolah menengah dulu. Yang selepas kejadian itu, saya akan tengok cerita yang ketawa
pelakon dia ntah macam apa-apa ja dan saya akan tiru gaya ketawa tu. Contohnya
yang pernah saya tiru, gaya ketawa Mak Lampir, gaya ketawa Rika Sumanto dalam
cerita Bawang merah bawang putih Indonesia dan terkini gaya ketawa saya tiru
dalam cerita melayu apa pun saya dah lupa. Maafkan saya. Saya pun tak tahu macam mana
nak atasi masalah ini. Hahhaha tapi tunggu gelak terbaru saya gaya Yura ok! Hahaha
Ok dah jam 3.30pagi. Tidur tidur, esok pagi ada program
bersama pelajar Jepun. Wee ^_^
p/s: handle your stress first dan kemudian yang lain akan menjadi lebih mudah insyallah..Cehh ok bye..
No comments:
Post a Comment