Friday, December 18, 2015

Dah Kahwin

Bukan saya kahwin tapi kawan saya yang da kahwin..

Our relationship :
-classmate utm : SPP & MPP
-sama-sama praktikal di SMA 8 Yogyakarta & SM Sains Muar
-sama supervisor untuk PSM & Master



Banyak kot suka duka yang dikongsikan bersama. Makan megi bersama. Bergosip bersama. Cari duit bersama. Buang duit bersama. Berenang bersama. Tengok cite korea bersama. Stay up bersama. Exercise bersama. Ntah la, Zati banyak sangat menolong. Susah kot dapat kawan macam ni. I really33 appreciated kehadiran beliau selama ini.

Tahniah weii dak zati...entah la. Tak tahu nak rasa apa. But I am happy. Nanti kita still boleh lepak sama kan.. Yang penting ingat. Kalau nak geng untuk berborak, saya sentiasa on jek ok. Siapkan master tu, nanti kita grad sama-sama ok. Buang sikit tingtong tu, baru nampak solehah anak pak cik Mizan ni..hehe

Semoga dipermudahkan urusan dan diberkati kehidupan hendakNya.


Syukur alhamdulllilah ada Tira dan Sas yang sudi menolong untuk bawa saya ke majlis zati ini di Muar. Terima kasih uolls. Iolls terharu sangat. Ini benar.

Bandar Muar best sebab dekat dengan Melaka. Sempat merasa mee bandung. Sempat mengimbau kenang jadi guru praktikal di Sains Muar dulu..huhu

Friday, May 15, 2015

Saya Rindu Keluarga

Setiap kali terdetik di hati ini, perasaan rindu ini, tidak ada apa yang dapat membantu selain melihat semua gambar-gambar keluarga. Rindu sangat.

Sejauh mana pun kau pergi, setinggi mana pun kau terbang. Akhirnya kau akan balik jua. Dan sekarang ni hati saya sangat sayu, hanya termenung seorang diri sambil melayan perasaaan dan air mata.

Bila happy kita saja, bila sedih kita saja. Bagi seorang yang memiliki keluarga yang besar. Yang sudah biasa suka bercerita satu famili tentang apa jua yang berlaku. Tapi kalau da duduk jauh macam ni. Apa pon tak bole. Memang la SNS ade, tapi tak sama macam kalau kita bercerita depan-depan.

Tolonglah....nak balik rumah...cuti sekolah, cepatlah sikit kau datang wei...

Sunday, February 1, 2015

Akhirnya Menjadi Seorang Guru

Alhamdullilah..setelah sekian lama iaitu kira-kira setahun setengah kami daripada Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) menunggu akhirnya kami dapat panggilan posting menjadi guru. Maka, ini bermakna cita-cita saya untuk mejadi seorang guru telah pon tercapai. alhamdullilah ya robb.

Pada suatu pagi hening (lupa tarikh bulan lepas), selepas menunaikan solat subuh, saya pon on data internet, mencurah-curah whatsapp masuk melimpah ke ladang gandum. Rupanya wasap daripada group kelas kami yang menyatakan result posting sudah pon keluar malam tadi kira-kita dalam pukul 1 pagi. Saya pon terus cek dalam e-graduan. Serta-merta air mataku mengalir membasahi baju dan lantai. Tahniah anda telah dilantik sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan di Sarawak. 
Ok S-A-R-A-W-A-K. and based on perbualan dalam wassap group kelas tadi memang just I am the only one yang dalam kelas itu yang akan diterbangkan ke Sarawak. Ok tak nak cerita lebih part ni. Nanti bergelinang lagi. Almaklum orang perempuan dengan air mata tak dapat dipisahkan hahha..kemudian setelah kawan-kawan dah tenangkan diri ini. Saya memberitahu khabar berita 'gembira' ini kepada ahli keluarga dan juga supervisors saya. 

Apa feedback mereka?

Alhamdullilah mereka menerimanya dengan redha walaupun pada mulanya terkejut dan nampaklah hati tak tenteramnya. hahaha So then, bertungkus-lumus settle semua urusan meninggalkan UTM dan hal-ehwal untuk mendaftar menjadi guru. Alhamdullilah dapat ahli keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan dan para pensyarah yang positif, baik hati, ringan tulang dan tak berkira telah banyak memudahkan urusan-urusan saya ini.

Barang-barang yang dibawa balik rumah setelah banyak yang ditinggalkan di UTM.


Pada 19/1/2015, saya telah melapor diri dengan Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Novelle, Selangor dan pada 20/1/2015 telah berlepas ke Kuching, Sarawak dan pada 21/1/2015 saya melapor diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu, Serian, Sarawak. Sekolah ini baru sahaja dibuka pada 2011 dan ia sangat hampir dengan Kalimantan, Indonesia. Anak-anak muridku majoritinya kaum Bidayuh dan beragama Kristian. Ok sekarang sudah bermula kehidupan kerjayaku.. Setiap hari dengar perkataan "Selamat Pagi Cikgu". weee happy kot..

Murid tingkatan 1. Saya ajar sains ^_^

Ada style cikgu-cikgi kan..hahah


Kemudian, apa cerita master saya ni?? emmm -_-

Setelah berbincang dengan mamaku dan kakakku. Kedua-duanya kata siapkan dulu mana boleh. Kalau boleh 5/2 ni hantar tesis kamu. How could I do that in short period? Pulun-pulun...chaiyok3 Untuk itu memang beberapa hari sebelum melapor diri di Selangor tu memang setiap hari saya tidur jam 4 pagi. Alhamdullilah banyak juga yang bergerak. 

Tapi, bila sudah di Sarawak ni..emmm macam tak gerak jek master saya tu, maka saya minta untuk extend dan tukarkan kepada mode part time untuk semester depan. Mamaku dan kakakku pon cakap ok. Tapi bersyarat, siapkan cepat-cepat dan hantar segera. "Saya setuju extend ini bukan untuk awak leka, tapi untuk awak perfectkan tesis awak itu." Yes mom.

SMK Tebedu, Serian, Sarawak

Tuesday, January 6, 2015

Birthday yang ke - 25 tahun

Pada hari jumaat yang barakah. Pada tanggal 2 januari 2015. maka genaplah umurku 25 tahun mengikut kalender masihi..today i want talk about friend..kawan..chinggu..

Seperti tahun-tahun lepas, post kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari lahir akan memenuhi wall muka buku saya sepanjang hari.  Tak lupa juga yang personally inbox fb messenger. Ucapan melalui whassap personal mahupun whassap group dan juga kakaotalk. Siap ada kat instagram jugak tau. Ade yang meseg personally dan call personally dan call nyanyi 1 family mereka. Yang pagi-pagi belum basuh muka dah datang nyanyikan lagu birthday..yang berulang-ulang kali nyanyikan lagu birthday sepanjang hari. Yang bagi gambar, yang bagi video. Yang wish masa tengah-tengah jalan, yang wish masa ambil lauk, yang wish masa kat depan toilet jusco. Semua-semuanya ucapan hari lahir yang kawan-kawan bagi semua saya ucapkan ribuan, jutaan terima kasih sangat-sangat. Sangat dihargai.

Tambahan lagi, yang belanja makan secret recipe, makan di restoran, makan secret resepi lagi, makan kfc, makan big apple. terima kasih sangat. saya habiskan juga semuanya walaupun saya sangat-sangat kenyang.Bayangkan..

Tak lupa juga yang memberi hadiah, yang ketuk pintu bagi depan pintu yang malu-malu kucing, yang last minit production, yang call suruh datang bilik dia ambil sendiri, yang ajak jumpa kat tasik nak bagi hadiah, yang hadiah dah lama minta baru dapat. hahah terima kasih sangat-sangat gembira.

Emm..actually lately ni bila sudah sambung master ni, lagi-lagi ambil full research terasa hidup ni sangatlah dah tak berapa banyak kawan. Yela kehidupan kita lebih kepada research dan supervisor saja. Aktiviti seperti kolokium, conference dan bengkel kemahiran sangatlah lain suasananya. Kalau zaman-zaman degree dulu, classmate pun ramai, lecturer pon ramai, aktiviti join program2 yang berpersatuan bagai, jadi dulu pergi mana, dalam apa jua media, setiap masa ada saja kawan yang kenal. Kalau  sekarang ini, hanya sesetengah saja yang aku kenal di utm ni. Maka tertanyalah pada diri ini, "aku ni da tak ramai kawan ke?.emmm". Lagi pula lately ini adalah seseorang ni tanya padaku, "radhiah ni memang tak ramai kawan ke?" masa tu aku sentap jugalah. As seorang yang bernama radhiah, dianggap tak ramai kawan..kau rasa...(nampak tak betapa besarnya ego aku..haha)

Memang soalan tu membuatkan saya termenung beberapa ketika, tapi bila lama-lama fikir, tak apalah, dulu saya juga terfikir nak kehidupan sebegini, being just normal person.yang tiada nama, tiada kuasa, tiada rupa, tiada kebolehan.(cehh ayat nak poyo kan) Oh sebegini rupanya, alhamdullilah. Saya bahagia. chinchayoo.. kurang  untuk bertanggungjawab, freely nak buat perangai apa-apa pun, takde fikir sangat untuk jaga hati orang atau jaga nama sendiri, tak payah nak act cool dan gagah bila melangkah kaki keluar bilik.

Oleh itu, terima kasih kawan-kawan yang ingat kat saya walaupun saya sudah tiada apa-apa sekarang. Dan semua kawan-kawan saya diserata dunia ini, thanks for be a part of mylife. Banyak kenangan, walaupun saya memang seorang yang susah nak ingat nama dan senang lupa nama. Terima kasih kerana tetap tersenyum. Terima kasih juga kat anak-anak murid cikgu, and the most important, thank you my beloved family. Serious, buruk ke baik ke saya memang sangat sayang setiap insan dalam keluarga saya.  nomo2 chuahey..  :D

Alhamdullilah..da masuk 25 tahun..yeay dah boleh kawen ^_^.. hamboi gatai na~