Monday, September 9, 2019

Review Periuk nasi mini elektrik, handblender dan kipas mini portable

Hari ni cuti jadi saya ada banyak masa untuk review barang-barang yang digunakan. 1) Periuk nasi mini elektrik saya beli di shopee je harga dalam RM25 sahaja, dapat free gift lagi. Yang bagus periuk ni dia seramik jadi tak lekatlah nasi tu nanti, senang cuci. Yang tak berapa nak bagus dia manual set-up yang mana kalau dia da masak kita kena switch off kan kalau tidak hangit la nasi oiiii.Tapi ok ja sebab sambil-sambil masak lauk kita tunggu nasi masak..Dia kecik jadi periuk ni sesuai untuk orang yang duduk seorang diri. Sekali masak nasi boleh untuk 3 kali makan/pinggan. 2)Handblender russel taylor beli di shopee juga harga dalam RM80.. ada 4 jenis cara kegunaan. Yang bagus handblender ni kita tak perlu pindahkan bahan ke dalam blender jadi ianya membuatkan kerja lebih ringkas. ok buat anda ibu-ibu bekerjaya saya cadangkan tak perlu beli food processor untuk bayi tetapi belilah handblender macam ni. Kita masak nasi dan sayur untuk kita makan, kemudian kita campurkan nasi dan sayur serta tambah sedikit air masak. Blend saja guna handblender ni sudah siap bubur bayi. Ianya selesa guna dan mudah sangat dibasuh. Tambahan dia ringkas dan senang dibawa ke mana-mana. Saya angkut naik flight dalam beg sandang je naik AirAsia balik seminggu cuti di Selangor. Menggembirakan sangat. Cuma ia tidak heavy duty, tak boleh mesin bawang tapi saya penah je mesin cili dan bawang ketika mesin cili rosak dan ianya masih elok. 3) kipas mini portable HEJ Kipas ni recomended by cikgu Maryln yang duduk sebelah meja. Beli di kedai MR D.I.Y harga RM 12.50. dia ada bateri dan bole dicaj semula. laju juga la dan ada torch light. almaklum saya di Tebedu ni selalu blackout. Pernah beli beberapa kipas mini yang lain tapi si kecik Muhammad asyik nak sumbat jari dalam kipas takut mak cik nak oiii.. jadi kipas ni ok la jari Muhammad yang debot tu tak dapat masuk. dia nak lempar pon saya tak kisah hahahha Saya beli barang-barang ni untuk harga tahun 2019. Review ni dibuat sebab saya rasa barang-barang ini berbaloi dan ringkas. Ikut keselesaan masing-masing.