Sunday, October 16, 2016

Viva-voce Sarjana Full Research

Saat yang ditungu-tunggu kini muncul...

Yes I am nervous!

1 September 2016. Tarikh keramat yang ditunggu.
Untuk tujuan ini saya ambil cuti rehat khas selama 2hari khamis dan jumaat (1 & 2 Sept) dan 31 Ogos hari rabu..yahooo 3 hari tak pergi sekolah. I don't know why but I am happy dapat cuti..

Terus terang saya cakap I know that my thesis ni takde ape yang bagus dan macam haram jadah. (oh tesis im sori sbb kutuk awak). Jadi saya memang expect the outcome memang worse la.

Ada 6 orang dalam bilik viva tu. Saya, Supervisors saya 2 orang wanita cantik, seorang chairman macho, seorang penilai dalam universiti yang boleh tahan la kemanisan, seorang penilai luar universiti iaitu timbalan pengarah institusi informatik visual UKM. Dengar jawatan dia pon da ketaq lutot hakak dik oii.. Tapi nasib masa sudah habis viva baru saya tahu jawatan dia tu. Before ni I just ingatkan dia as lecturer biase from UKM. hahaha 

First of all, kita akan present slide kita dalam 20 minit. Tapi hebat sangat saya ni, tak sampai 20minit pon (padahal menggigil sampai banyak benda yang skip). and actually panel sudah sangat tahu da tentang research kita ni. dan mereka hanya layankan jek apa yang kita merepek masa presentation tu. 


Amik kau apabila sesi soal jawab sudah bermula.
Penilai akan komen general dulu. Dan mereka akan bertanya berkaitan research kita tu untuk tujuan kepastian. For first an hour saya masih dapat bertahan dan cuba sedaya-upaya menjawab soalan yang ditanya. But after that, hanya dapat tersenyum sajala. At that time, saya suda tak dapat fokus lagi dan blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr............. Sampailah panel penilai bertanyakan kepada supervisor saya. I am really sorry about that. 

Bila sudah selesai sesi soal jawab, kita diminta tunggu di luar seketika sementara tunggu jawapan result. Masa tunggu ni kan..saya rasa nak menanges jek, tapi tu la belum air mata mengalir hujan dan turun.

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan saya memperoleh B2 (pembetulan selam 3 bulan). Terima kasih kepada panel2 penilai atas komen dan cadangan yang bernas tambahan mereka berdua sangat baik hati dan sopan-santun. Gembira sangat dapat tunjuk ajar daripada orang-orang yang sangat hebat. Terima kasih chairperson yang sanggup repeat banyak kali soalan dan mengingatkan kembali apa yang perlu dibuat dan bantu memudahkan perjalanan viva saya. Jutaan terima kasih pada dr Norah dan dr Norasykin. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa besar dan murninya jiwa mereka. Sangat tak terbalas budi dan jasa.

Tarikh last hantar pembetulan tesis : 31 November 2016
Tarikh SPM paper Sains : 22 November 2016.

Konflik belum berakhir.........what should I do?