Sunday, December 14, 2014

Kolokium terakhir untuk semester ini

Kolokium ini penting sangat untuk seseorang yang bergelar pelajar full research. Sebab2nya:-
  1. Kita tak ada kelas, jadi inilah kelas kita. 
  2. Merupakan medan ilmu untuk kita timba sama ada daripada mendengar presentation, mendengar perbincangan dalam kolokium itu, atau kita sendiri nak bertanya dalam kolokium tersebut.
  3. Masa inilah juga kita nak cari peer yang siapa punya research seakan2 kita punya, contohnya pakai method yang sama jadi kita boleh rujuk pada peer kita tu untuk memudahkan urusan research kita.
  4. Kita boleh tanya pendapat orang lain, pensyarah lain tentang research kita, kita juga boleh tahu research orang lain. Jadi banayk sikit ilmu tu.
  5. Masa ini kita boleh dok usha siapa2 yang hensem2 cun2....hahhaha sambil menyelam minum air..bolehkan..
 Tapi untuk kolokium kali ini lain sikit sebab ianya kolokium yang terakhir untuk jabatan kami iaitu Jabatan Multimedia Kreatif. Terakhir untuk semester inilah sebab dah nak habis sem. Semester depan ada lagi. Mungkin ini juga kolokium yang terakhir untuk saya sebagai seorang pelajar master. Wallahhualam.

Ok tajuk kolokium pada hari ini ialah How to Passed Your Viva. Hebatkan tajuk ni. Tambahan lagi yang membentangkan tajuk ini pun hebat juga orangnya, Kak Farhana dan Kak Azlina. Dah jadi Dr dah. Mereka berdua dapat menyiapkan PhD mereka hanya dalam masa 3tahun sahaja. Graduated on Time. G.O.T..Bukan senang nak GOT ni tau. Ianya hasil usaha, berkat dan rezeki mereka. Gembira apabila mendengar presentation mereka. Rasa ingin turut untuk GOT tapi emm...insyallah moga2 GOT.

Untuk hari ini, mamaku menjadi moderator kolokium. Selepas Kak Farhana dan Kak Azlina berkongsi rahsia tips Passed Viva masing2, saya pun yang tengah duduk kat belakang dengan selambe badak  boleh cakap "Dr pula lah share juga" opps..Mamaku juga salah seorang calon yang baru sahaja pass Viva PhD sama seperti kak Farhana dan kak Azlina. Tapi perjalanan mereka berbeza, jauh berbeza. Dengan senyuman mamaku pun berdiri dan pergi ke depan untuk membuat sendikit perkongsian. Dia pun layan je permintaan anak didiknya ini.hahha

Apabila mamaku berada di hadapan itu, hanya air matanya yang mengalir tanpa sebarang kata-kata untuk beberapa ketika. Perasaan hiba itu boleh pula berjangkit kat saya yang tengah duduk kat belakang tu, ok bergelinanganlah juga sekejap. Its just because I know that she very struggling in doing her PhD. Selama dua tahun saya dibawah penyeliaan beliau, saya hanya tahu sedikit sahaja tentang journey PhD beliau, yang selebihnya hanya beliau yang tahu sendiri. You know what, masa ni saya rasa saya nak pergi ke hadapan dan memberi mamaku sebouquet bunga yang besar. Dengan harapan dia akan terus happy dan dah tak sedih2 lagi. Nak pujuklah konon, tapi angan2 je, tak buat pun, selalu buat dia terasa hati adalah...hahah eh tapi orang perempuan akan happy bila dapat bunga. Betul tau.

Selepas itu ada sedikit ucapan daripada Prof Zaida, Dekan School of Postgraduate Studies (orang kuat tu) dan Ass Prof Dr Noraffandy (Timbalan dekan FP). Kemudian ada makan2 tajaan kak Farhana dan kak Azlina. Ada kek, mee singapore, roti jalan, kuih 2 jenis dan air cocktail sedap.. Ok muka tak malu dah siap bawa tupperware untuk bungkus bawa balik. Suka hatilah, kan tak membazir namanya tu..hehhe

Masa ni handphone mak cik tertinggal di bilik, jadi no photo for tatapan umum..huhu

Thanks for the good sharing and delicious foods today. alhamdullilah ^_^V

Friday, December 12, 2014

ICEED 2014

Hahhaha rasa macam dah lama saja tak menulis di blog ini..hahah poyokan. Ok hari ini saya nak tulis tentang pengalaman saya membentang paper di 2014 IEEE 6th International Conference on Engineering Education (ICEED).

ICEED 2014
Rezeki



Conference ini memang lainlah daripada conference yang pernah saya pergi. Yang mana selalunya akan ada dalam 100 atau lebih paper dibentangkan dan banyak bilik dan kita boleh pilih nak masuk dengar dalam bilik yang mana satu. Tetapi kali ini hanya satu bilik sahaja dan semua orang akan duduk  dan dengar di bilik itu sahaja. Sebenarnya conference ini agak mencabar juga, start daripada penulisan papernya sehinggalah pembentangannya.

Semasa saya menulis paper untuk ICEED ini saya berada di Korea iaitu ketika menyertai Program Summer School di Hanyang Universiti. Sememangnya susah sikit untuk concentrate untuk buat paper ini di sana. Apabila cuti raya, saya pulang awal ke asrama untuk membetulkan semula paper ini dan submit. Sebab kalau di rumah susah nak concentrate. Kemudian beberapa bulan kemudian dapat keputusan, alhamdullilah accepted with major correction. Kemudian hantar semula selepas pembetulan. Dapat feedback lagi minta betulkan lagi. Untuk itu mamaku dan kakakku yang betulkan paper tersebut sebab mereka lebih pakar. Memang rasa, kenapalah susah sangat nak lepas untuk conference ICEED ni..aisshhh

Bila sudah diterima segala urusan dan proses submit paper, notication, pembayaran, pengangkutan dan penginapan semuanya mamaku yang uruskan. Sememangnya agak tabah jugalah mamaku dalam menguruskan hal-hal ini sebenarnya. Saya tak dapat buat apa-apa, kecuali ucap terima kasih.

Pada 8 Disember yang lepas saya, mamaku dan zati menaiki kapal terbang untuk ke KL. Ok naik MAS ye..excited lah sebab sebelum ini tak pernah naik MAS. Kemudian kami menaiki teksi menuju ke Berjaya Times Square Hotel dalam lebih kurang sejam perjalanan. Inilah tempat penginapan kami dan tempat conference ICEED berlangsung. Bilik hotel dia serius best, kalau nak honeymoon bolehah datang sini. haha Bestlah kat bawah tu ada shopping complex dan ada the largest indoor theme park, jadi kalau rasa-rasa nak main roller coster bolehlah pergi ke tingkat 7 di situ. Foodcourt dia pun best sebab ada pelbagai makanan. Malam pertama kami makan korean food, memang dapat lepas rindulah makanan kat korea dulu. Untuk malam kedua zati dan mamaku makan chineese food(best rasa mee dia tu teringatkan saya pada mee ayam di Indonesia) manakala saya makan kebab ayam je..

Indoor roller coaster

Berjaya Times Square Hotel

Nasi Goreng Kimchi
BBQ chicken with stick rice
Bibimbup
 Conference ICEED 2014 ini dikatakan hebat sebab IEEE sebagai organizernya dan papernya akan menjadi Scopus listed iaitu  satu paper yang berkualiti. Suasana conference ini pun agak lain dan rasa macam semua yang bercakap kat depan tu semuanya sangat pakar kecuali seorang budak kecil ini. Hanya 22 paper sahaja dibentangkan. 16 paper pensyarah, 5 paper student PhD dan 1 paper student master (iaitu paper budak kecil ini). Memang rasa gementar, rasa nak nangis, rasa nak larikan diri, dan 1001 perasaanlah ada. Dan masa ini juga, sangat rindu kat mak kat kampung..hahahhaa ngada2 jek.

Daripada UTM, ada Dr Norah (mamaku), Dr Zaleha, Dr Marlina (present 2 paper iaitu untuk paper Dr Hasniza juga), Akak Azlina, Akak Kho Pui Won, Bro Mageswaran, Bro Salihuddin dan budak kecil ini. Yang lain adalah presenter daripada universiti2 lain. Ada juga daripada Jepun, Canada dan Taiwan. Semua presenter bentang dengan hebatnya dan secara profesional. 

Kemudian giliran saya pula, baca slide seterusnya yang paling saya gerun iaitu sesi soal jawab. Memang tak tahulah, memang rasa nak nangis sebab ada soalan saya tak dapat jawab dan obviously muka saya muka ketakutan masa tu sampai panel cakap "Radhiah, don't be afraid"... Hahhaha last saya pandang ke arah mamaku, dan dialah yang tolong jawabkan soalan tersebut bagi pihak saya. Dan last saya hanya boleh cakap "I am sorry and Thank you".hahaha serius saya cakap masa ini saya rasa down dan rasa serba salah nak tengok muka mamaku. Dalam hati cakap "Bilalah aku ni dapat buat something secara bersungguh-sungguh dan hasilnya dapat nak mengembirakan mamaku."

Kemudian kami balik ke JB. Pada malam itu nana dan fiza serta keluarga mamaku sudah menunggu di airport senai. Kami terus balik dan terus tidur sampailah  dengar macam ada yang ketuk-ketuk. Ok rupanya anak saya dua ekor itu sudah kebuluran. Astaghfirullahalazim, boleh lupa nak minta tolong orang lain jaga chaca&chico selama saya tak ada di asrama. Kesiannya. Ingatkan nasib saya ni dah sedih dah, lagi sedih nasib ikan saya dua ekor ni. dianiaya je, maafkan mama ye chaca & chico.hahhaha

Petang itu ada beborak dengan senior dan dia tahu saya pergi ke ICEED ni. dia cakap, "Untung awak, baru master sudah dapat pengalaman pergi conference macam ini. Time saya dulu tak ada pun" Masa tu baru saya terfikir bahawa ini adalah pengalaman yang sangat bererti dan perlu di appreciated. Inilah rezeki yang besar yang Allah telah bagi pada saya. Alhamdullilah.Dah jangan sedih2 lagi.

Terima kasih kepada yang telah menolong untuk saya dapatkan rezeki ini terutama mamaku, kakakku, zati, nana, dan fiza.

Sesi perbentangan..ok sekali lagi baju tudung kain langsir

sesi soal jawab
sebahagian kecil daripada presenter dan organizer ICEED