Tuesday, January 6, 2015

Birthday yang ke - 25 tahun

Pada hari jumaat yang barakah. Pada tanggal 2 januari 2015. maka genaplah umurku 25 tahun mengikut kalender masihi..today i want talk about friend..kawan..chinggu..

Seperti tahun-tahun lepas, post kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari lahir akan memenuhi wall muka buku saya sepanjang hari.  Tak lupa juga yang personally inbox fb messenger. Ucapan melalui whassap personal mahupun whassap group dan juga kakaotalk. Siap ada kat instagram jugak tau. Ade yang meseg personally dan call personally dan call nyanyi 1 family mereka. Yang pagi-pagi belum basuh muka dah datang nyanyikan lagu birthday..yang berulang-ulang kali nyanyikan lagu birthday sepanjang hari. Yang bagi gambar, yang bagi video. Yang wish masa tengah-tengah jalan, yang wish masa ambil lauk, yang wish masa kat depan toilet jusco. Semua-semuanya ucapan hari lahir yang kawan-kawan bagi semua saya ucapkan ribuan, jutaan terima kasih sangat-sangat. Sangat dihargai.

Tambahan lagi, yang belanja makan secret recipe, makan di restoran, makan secret resepi lagi, makan kfc, makan big apple. terima kasih sangat. saya habiskan juga semuanya walaupun saya sangat-sangat kenyang.Bayangkan..

Tak lupa juga yang memberi hadiah, yang ketuk pintu bagi depan pintu yang malu-malu kucing, yang last minit production, yang call suruh datang bilik dia ambil sendiri, yang ajak jumpa kat tasik nak bagi hadiah, yang hadiah dah lama minta baru dapat. hahah terima kasih sangat-sangat gembira.

Emm..actually lately ni bila sudah sambung master ni, lagi-lagi ambil full research terasa hidup ni sangatlah dah tak berapa banyak kawan. Yela kehidupan kita lebih kepada research dan supervisor saja. Aktiviti seperti kolokium, conference dan bengkel kemahiran sangatlah lain suasananya. Kalau zaman-zaman degree dulu, classmate pun ramai, lecturer pon ramai, aktiviti join program2 yang berpersatuan bagai, jadi dulu pergi mana, dalam apa jua media, setiap masa ada saja kawan yang kenal. Kalau  sekarang ini, hanya sesetengah saja yang aku kenal di utm ni. Maka tertanyalah pada diri ini, "aku ni da tak ramai kawan ke?.emmm". Lagi pula lately ini adalah seseorang ni tanya padaku, "radhiah ni memang tak ramai kawan ke?" masa tu aku sentap jugalah. As seorang yang bernama radhiah, dianggap tak ramai kawan..kau rasa...(nampak tak betapa besarnya ego aku..haha)

Memang soalan tu membuatkan saya termenung beberapa ketika, tapi bila lama-lama fikir, tak apalah, dulu saya juga terfikir nak kehidupan sebegini, being just normal person.yang tiada nama, tiada kuasa, tiada rupa, tiada kebolehan.(cehh ayat nak poyo kan) Oh sebegini rupanya, alhamdullilah. Saya bahagia. chinchayoo.. kurang  untuk bertanggungjawab, freely nak buat perangai apa-apa pun, takde fikir sangat untuk jaga hati orang atau jaga nama sendiri, tak payah nak act cool dan gagah bila melangkah kaki keluar bilik.

Oleh itu, terima kasih kawan-kawan yang ingat kat saya walaupun saya sudah tiada apa-apa sekarang. Dan semua kawan-kawan saya diserata dunia ini, thanks for be a part of mylife. Banyak kenangan, walaupun saya memang seorang yang susah nak ingat nama dan senang lupa nama. Terima kasih kerana tetap tersenyum. Terima kasih juga kat anak-anak murid cikgu, and the most important, thank you my beloved family. Serious, buruk ke baik ke saya memang sangat sayang setiap insan dalam keluarga saya.  nomo2 chuahey..  :D

Alhamdullilah..da masuk 25 tahun..yeay dah boleh kawen ^_^.. hamboi gatai na~