Tuesday, January 31, 2017

Istimewa

Sepanjang perjalanan saya dalam bas Melaka- JB dan perjalanan kapal terbang Senai-Kuching, saya asyik memikirkan kebolehan diri atau keistimewaan diri.
Macam tak ada apa-apa yang istimewa.

Rupa -kurang-sebab berjerawat bagai
Harta -kurang-sebab berhutang banyaknye
Agama -kurang-sedih sekali yang ni
Kepandaian-kurang-siapkan tesis sampai 4tahun kot!
Kemahiran memasak -kurang-dalam beradik perempuan, im the worst
Kemahiran menjahit-kurang-buruk jak kalau saya yang jahit
Segalanya yang boleh diukur atau pun tak boleh diukur semuanya ditahap yang lemah.

I am blur, noob and clumsy.

Tapi radhiah juga orang yang baik sebab dia suka senyum ^^

Submit pembetulan tesis after viva, esok kerja

Fuhhhh

nak start cerita dari mana ek?
saya tak tahu nak cakap macam mana...
emmm..

ya memang da hantar. walaupun tahap da lepas viva, da tahap siap hantar pembetulan. masih lagi ada perasaan bimbang. "selawat banyak3 radhiah", Dr Norah selalu cakap macam tu...saya ni tak tahu nak buat macam mana supaya dapat memadamkan atau kalau dapat mengurangkan pon da cukup ok kot rasa kebimbangan ini.

Bimbang sebab ape?

Saya rasa tesis saya tu belum capai ke tahap yang sepatutnya dia selayaknya berada. Tu la tapi..tuan badan da rasa tak larat nak hadap lagi.

Tak tahu sama ada waktu ini saya patut redha atau pasrah.

Saya sudah berusaha, tapi saya rasa saya mampu buat yang lebih baik. tu la tapi.. terdapat banyak sangat kekangannya.

Terasa diri ini terlalu zalim apabila setiap kali saya cuba untuk menyenaraikan kekangan dalam menyiapkan master ni. Ya kekangan itu ada dan sering datang, tapi Allah kurniakan segala manusia yang baik-baik membantu menempuhi perjalanan ini. Jadi apa lagi yang hendak saya rungutkan. Bukankah bersyukur itu lebih banyak manfaatnya?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Esok masuk kerja. lagi satu kebimbangan yang meronta dalam jiwa. Terlalu banyak kerja di sekolah. Bukan kerja mengajar, tetapi kerja-kerja sampingan.
Memang saya risau jika banyak komitmen kerja, maka kualiti kerja akan berkurangan.

Semoga Allah sentiasa membimbing hambaNya yang lemah ini.





Tuesday, January 3, 2017

Mula 2017

Alhamdullilah masuk sudah tahun 2017.

dan seperti biasa pada 2 Januari bertambah pula umurku.

dan 3 Jan bermula sesi persekolahan.

Harapan saya supaya dapat mempertingkatkan solat dan ibadat, dapat menjaga pemikiran dan  pancaindera, diberi kesihatan yang berpanjangan.

Seriously, saya cuak untuk memasuki 2017 sebab tahun ini saya wajib pulun habiskan master, saya conquer subjek fizik dan sains menengah atas, saya memegang beberapa jawatan penting di sekolah. Bertambah tanggungjawab. dan Alhamdulllilah, apabila umur bertambah maka bertambahlah doa perihal jodoh,. aminkan saja..hehhe

I think i will start seriuos in pencarian jodoh cause nak pindah balik Melaka! However saya takut untuk memanjang perhubungan. Men, please get me out from that fear.

Last nak cakap.. Terima kasih atas birthdays' doa and wishes ..sungguh saya terlalu dahagakan doa kalian. alhamdullilah. Yang best kali ni siap dapat video nyanyi bagai..hahhaha Love you all.