Sunday, December 14, 2014

Kolokium terakhir untuk semester ini

Kolokium ini penting sangat untuk seseorang yang bergelar pelajar full research. Sebab2nya:-
  1. Kita tak ada kelas, jadi inilah kelas kita. 
  2. Merupakan medan ilmu untuk kita timba sama ada daripada mendengar presentation, mendengar perbincangan dalam kolokium itu, atau kita sendiri nak bertanya dalam kolokium tersebut.
  3. Masa inilah juga kita nak cari peer yang siapa punya research seakan2 kita punya, contohnya pakai method yang sama jadi kita boleh rujuk pada peer kita tu untuk memudahkan urusan research kita.
  4. Kita boleh tanya pendapat orang lain, pensyarah lain tentang research kita, kita juga boleh tahu research orang lain. Jadi banayk sikit ilmu tu.
  5. Masa ini kita boleh dok usha siapa2 yang hensem2 cun2....hahhaha sambil menyelam minum air..bolehkan..
 Tapi untuk kolokium kali ini lain sikit sebab ianya kolokium yang terakhir untuk jabatan kami iaitu Jabatan Multimedia Kreatif. Terakhir untuk semester inilah sebab dah nak habis sem. Semester depan ada lagi. Mungkin ini juga kolokium yang terakhir untuk saya sebagai seorang pelajar master. Wallahhualam.

Ok tajuk kolokium pada hari ini ialah How to Passed Your Viva. Hebatkan tajuk ni. Tambahan lagi yang membentangkan tajuk ini pun hebat juga orangnya, Kak Farhana dan Kak Azlina. Dah jadi Dr dah. Mereka berdua dapat menyiapkan PhD mereka hanya dalam masa 3tahun sahaja. Graduated on Time. G.O.T..Bukan senang nak GOT ni tau. Ianya hasil usaha, berkat dan rezeki mereka. Gembira apabila mendengar presentation mereka. Rasa ingin turut untuk GOT tapi emm...insyallah moga2 GOT.

Untuk hari ini, mamaku menjadi moderator kolokium. Selepas Kak Farhana dan Kak Azlina berkongsi rahsia tips Passed Viva masing2, saya pun yang tengah duduk kat belakang dengan selambe badak  boleh cakap "Dr pula lah share juga" opps..Mamaku juga salah seorang calon yang baru sahaja pass Viva PhD sama seperti kak Farhana dan kak Azlina. Tapi perjalanan mereka berbeza, jauh berbeza. Dengan senyuman mamaku pun berdiri dan pergi ke depan untuk membuat sendikit perkongsian. Dia pun layan je permintaan anak didiknya ini.hahha

Apabila mamaku berada di hadapan itu, hanya air matanya yang mengalir tanpa sebarang kata-kata untuk beberapa ketika. Perasaan hiba itu boleh pula berjangkit kat saya yang tengah duduk kat belakang tu, ok bergelinanganlah juga sekejap. Its just because I know that she very struggling in doing her PhD. Selama dua tahun saya dibawah penyeliaan beliau, saya hanya tahu sedikit sahaja tentang journey PhD beliau, yang selebihnya hanya beliau yang tahu sendiri. You know what, masa ni saya rasa saya nak pergi ke hadapan dan memberi mamaku sebouquet bunga yang besar. Dengan harapan dia akan terus happy dan dah tak sedih2 lagi. Nak pujuklah konon, tapi angan2 je, tak buat pun, selalu buat dia terasa hati adalah...hahah eh tapi orang perempuan akan happy bila dapat bunga. Betul tau.

Selepas itu ada sedikit ucapan daripada Prof Zaida, Dekan School of Postgraduate Studies (orang kuat tu) dan Ass Prof Dr Noraffandy (Timbalan dekan FP). Kemudian ada makan2 tajaan kak Farhana dan kak Azlina. Ada kek, mee singapore, roti jalan, kuih 2 jenis dan air cocktail sedap.. Ok muka tak malu dah siap bawa tupperware untuk bungkus bawa balik. Suka hatilah, kan tak membazir namanya tu..hehhe

Masa ni handphone mak cik tertinggal di bilik, jadi no photo for tatapan umum..huhu

Thanks for the good sharing and delicious foods today. alhamdullilah ^_^V

Friday, December 12, 2014

ICEED 2014

Hahhaha rasa macam dah lama saja tak menulis di blog ini..hahah poyokan. Ok hari ini saya nak tulis tentang pengalaman saya membentang paper di 2014 IEEE 6th International Conference on Engineering Education (ICEED).

ICEED 2014
Rezeki



Conference ini memang lainlah daripada conference yang pernah saya pergi. Yang mana selalunya akan ada dalam 100 atau lebih paper dibentangkan dan banyak bilik dan kita boleh pilih nak masuk dengar dalam bilik yang mana satu. Tetapi kali ini hanya satu bilik sahaja dan semua orang akan duduk  dan dengar di bilik itu sahaja. Sebenarnya conference ini agak mencabar juga, start daripada penulisan papernya sehinggalah pembentangannya.

Semasa saya menulis paper untuk ICEED ini saya berada di Korea iaitu ketika menyertai Program Summer School di Hanyang Universiti. Sememangnya susah sikit untuk concentrate untuk buat paper ini di sana. Apabila cuti raya, saya pulang awal ke asrama untuk membetulkan semula paper ini dan submit. Sebab kalau di rumah susah nak concentrate. Kemudian beberapa bulan kemudian dapat keputusan, alhamdullilah accepted with major correction. Kemudian hantar semula selepas pembetulan. Dapat feedback lagi minta betulkan lagi. Untuk itu mamaku dan kakakku yang betulkan paper tersebut sebab mereka lebih pakar. Memang rasa, kenapalah susah sangat nak lepas untuk conference ICEED ni..aisshhh

Bila sudah diterima segala urusan dan proses submit paper, notication, pembayaran, pengangkutan dan penginapan semuanya mamaku yang uruskan. Sememangnya agak tabah jugalah mamaku dalam menguruskan hal-hal ini sebenarnya. Saya tak dapat buat apa-apa, kecuali ucap terima kasih.

Pada 8 Disember yang lepas saya, mamaku dan zati menaiki kapal terbang untuk ke KL. Ok naik MAS ye..excited lah sebab sebelum ini tak pernah naik MAS. Kemudian kami menaiki teksi menuju ke Berjaya Times Square Hotel dalam lebih kurang sejam perjalanan. Inilah tempat penginapan kami dan tempat conference ICEED berlangsung. Bilik hotel dia serius best, kalau nak honeymoon bolehah datang sini. haha Bestlah kat bawah tu ada shopping complex dan ada the largest indoor theme park, jadi kalau rasa-rasa nak main roller coster bolehlah pergi ke tingkat 7 di situ. Foodcourt dia pun best sebab ada pelbagai makanan. Malam pertama kami makan korean food, memang dapat lepas rindulah makanan kat korea dulu. Untuk malam kedua zati dan mamaku makan chineese food(best rasa mee dia tu teringatkan saya pada mee ayam di Indonesia) manakala saya makan kebab ayam je..

Indoor roller coaster

Berjaya Times Square Hotel

Nasi Goreng Kimchi
BBQ chicken with stick rice
Bibimbup
 Conference ICEED 2014 ini dikatakan hebat sebab IEEE sebagai organizernya dan papernya akan menjadi Scopus listed iaitu  satu paper yang berkualiti. Suasana conference ini pun agak lain dan rasa macam semua yang bercakap kat depan tu semuanya sangat pakar kecuali seorang budak kecil ini. Hanya 22 paper sahaja dibentangkan. 16 paper pensyarah, 5 paper student PhD dan 1 paper student master (iaitu paper budak kecil ini). Memang rasa gementar, rasa nak nangis, rasa nak larikan diri, dan 1001 perasaanlah ada. Dan masa ini juga, sangat rindu kat mak kat kampung..hahahhaa ngada2 jek.

Daripada UTM, ada Dr Norah (mamaku), Dr Zaleha, Dr Marlina (present 2 paper iaitu untuk paper Dr Hasniza juga), Akak Azlina, Akak Kho Pui Won, Bro Mageswaran, Bro Salihuddin dan budak kecil ini. Yang lain adalah presenter daripada universiti2 lain. Ada juga daripada Jepun, Canada dan Taiwan. Semua presenter bentang dengan hebatnya dan secara profesional. 

Kemudian giliran saya pula, baca slide seterusnya yang paling saya gerun iaitu sesi soal jawab. Memang tak tahulah, memang rasa nak nangis sebab ada soalan saya tak dapat jawab dan obviously muka saya muka ketakutan masa tu sampai panel cakap "Radhiah, don't be afraid"... Hahhaha last saya pandang ke arah mamaku, dan dialah yang tolong jawabkan soalan tersebut bagi pihak saya. Dan last saya hanya boleh cakap "I am sorry and Thank you".hahaha serius saya cakap masa ini saya rasa down dan rasa serba salah nak tengok muka mamaku. Dalam hati cakap "Bilalah aku ni dapat buat something secara bersungguh-sungguh dan hasilnya dapat nak mengembirakan mamaku."

Kemudian kami balik ke JB. Pada malam itu nana dan fiza serta keluarga mamaku sudah menunggu di airport senai. Kami terus balik dan terus tidur sampailah  dengar macam ada yang ketuk-ketuk. Ok rupanya anak saya dua ekor itu sudah kebuluran. Astaghfirullahalazim, boleh lupa nak minta tolong orang lain jaga chaca&chico selama saya tak ada di asrama. Kesiannya. Ingatkan nasib saya ni dah sedih dah, lagi sedih nasib ikan saya dua ekor ni. dianiaya je, maafkan mama ye chaca & chico.hahhaha

Petang itu ada beborak dengan senior dan dia tahu saya pergi ke ICEED ni. dia cakap, "Untung awak, baru master sudah dapat pengalaman pergi conference macam ini. Time saya dulu tak ada pun" Masa tu baru saya terfikir bahawa ini adalah pengalaman yang sangat bererti dan perlu di appreciated. Inilah rezeki yang besar yang Allah telah bagi pada saya. Alhamdullilah.Dah jangan sedih2 lagi.

Terima kasih kepada yang telah menolong untuk saya dapatkan rezeki ini terutama mamaku, kakakku, zati, nana, dan fiza.

Sesi perbentangan..ok sekali lagi baju tudung kain langsir

sesi soal jawab
sebahagian kecil daripada presenter dan organizer ICEED

Sunday, November 30, 2014

Resepi mee bandung muar

Emmm da terlepas cakap nak masakkan Syahrul mee bandung.

Jadi tunaikan sajalah, kalau tak, meleleh air liur dak Syahrul tu dok kempunan nak makan mee bandung.hahhah Jadi selepas conference IEPS tu, keesokannya terus saya masakkan. Sebenarnya plannya nak sambut birthday Syahrul nak makan Seoul garden yang dah bertukar ke Fish Mahattan, last2 bertukar lagi untuk masak mee bandung saja, makan kat tasik utm saja. emm bolehlah..

Resepi Mee Bandung Muar

gambar from google image

Bahan-bahan:-
Rencah mee bandung (saya gunakan cap maharani pesan zati beli dari muar)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
sedikit isi ayam
3 biji telur
sedikit sawi
sedikit fish ball (potong)
sedikit fish cake (potong)
sedikit minyak masak
sedikit garam
sedikit gula

Cara-cara memasak:-
1)Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi.
2) Masukkan rencah dan tumis garing,
3)Masukkan air dan ayam bagi empuk,
4)Masukkan fish cake and fish ball dan kemudian masukkan sawi.
5)Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6)Pecahkan telur satu persatu. Siap
Nota: Kebiasaannya saya suka gunakan rencah seafood seperti udang dan sotong tapi kali ini saya gunakan rencah ayam saja. Sebab rencah seafood dan rencah darat tak elok digabungkan, bak kata orang lah.

rencah mee bandung maharani
Selain mee bandung, saya juga ada buatkan bubur ayam. emm tapi bubur tu rasa macam terlebih pati ayam, almaklum belum pandai bajet rasa lagi. Tak apa nama pun masih belajar. So ok lah kalau not perfect ye dop. Alhamdullilah akhirnya dapat juga sambut birthday Syahrul walaupun hanya ringkas sahaja. Oh lupa nak mention, Kamis ada belikan 2 potong kek untuk Syahrul masa tu. Best juga berkelah di tasik, lagi2 dengan budak 2 orang tu(Kamis dan Syahrul), bukan tahu nak duduk diam. Asyiklah nak tergelak saja. Yang lagi best ada pelangi petang mewarnai cerita kami. hahaha 

Malam tu pula saya makan dengan kawan2 semua (nana, zati,  fiza dan tira) tapi untuk mereka ada menu tambahan iaitu mee hailam. Buat backup sikit takut mee bandung tak cukup.haha Alhamdullilah. selesai tugasan mengotakan kata. emm bila nak makan sedap ni? asyik tak jadi je nak pergi Seoul Graden..sobs3 :(

Thursday, November 27, 2014

International Educational Postgraduate Seminar 2014

nervous itu biasalah kan.. tapi ini lain punya nervouslah.

Pada 23 dan 24 November yang lepas ini ada International Educational Postgraduate Seminar 2014 di KSL Resort & Hotel Johor Bahru. Nak senang kami panggil conference IEPS saja.Untuk menghadiri mana-mana conference, terlebih dahulu kita kena buat paper dan submit pada organizer conference tersebut. Setelah di accept dengan bersyarat, sama ada minor atau major correction. Kemudian bayarlah yuran conference tersebut. Alhamdullilah saya telah pun present paper concept untuk conference IEPS ini.

Da present, apa yang nak di nervouskannya?emm ala suka hatilah saya nak cerita pengalaman saya..haha

Oleh kerana pada pendapat saya ini hanya conference biasa, jadi buat preparation pun last minit. Pada malam itu saya sangat letih jadi tidur awal. Nasib baik terjaga jam 3.30 pagi, terus bangun dan siapkan slide presentation. Pada awalnya saya ingat present dalam bilik-bilik biasa sahaja, macam pengalaman lepas pernah pergi tengok konference ISQAE dan IGCESH. Sekali pagi tu baru la tahu yang diri ini kena present di ballroom. Ok jantung berdenyut kencang, rasa dah tak sempat nak pam darah da, rasa nak pecah buluh2 salur darah tu...ya Allah..ottokaji. 

Pagi tu kami pergi naik kereta nana, terima kasih nana tumpangkan. Register, opening ceremony, keynote speaker dan tea break. Sempat makan tambah pula tu..lapar kot..haha Ok sudah jam 11 pagi, now presentation for parallel session 1. Sesi sayalah tu, saya terus masukkan slide dalam dekstop  dan tunggu turn. Untuk sesi ini terdapat 8 presentation dan saya orang yang ke 8 iaitu pada jam 12.45tengahari. Glurpp..glurpp..lama pula rasanya tunggu turn, mungkin sebab penat menunggu tu, nervous pun dah tak rasa sangat. Tapi bila nama sudah disebut, mula start nervous balik..haha memang tak boleh pakai.

Alhamdullilah, done my presentation here, speaking mat saleh tu yang tak tahan, macam tak percaya. dan of course ada part yang saya gagap, lagi2 masa nak bagi example level of conceptual change tu. Tu lah padah bila buat preparation last minit. Tak sempat nak praktis sangat dan susun ayat sangat. huhh apa2 pun alhamdullilah lega sudah.I am free. Kemudian terus menikmati hidangan hotel tersebut dan tengok presentation presenter2 yang lain. Bagus juga conference ini sebab saya dapat lebih ilmu tentang conceptual change daripada research orang lain. 

Mulanya rasa macam unfair kenapa saya dapat present dekat ballroom pula, kenapa saya tak dapat dekat bilik2 kecil sahaja...tapi bila fikir2 kelebihannya atleast saya dapat menambah keyakinan diri ini. Biasalah bila kena present about our reseach mulalah nak terketak lutut, sedangkan nak present psm dulu yang dalam kelas pun dah berpeluh inikan nak present paper dekat ballroom.  Mungkin saya boleh ambil pengalaman ini untuk masa viva, saya akan lebih berani untuk bercakap tentang reseach saya. hahaha agaknya lah kot..takpe la..be positive ok.

kawan-kawan lain yang turut serta :)

abaikan baju tudung kain langsir :(


Friday, November 21, 2014

Resepi Victoria Sandwich

Chincha mashikita..

Oleh sebab dalam group resepi yang saya follow dalam muka buku majoritinya minggu ini tengah asyik masing-masing buat victoria sandwich ini. Saya pun nak juga. Ye lah, terngeliur kot tengok masing-masing asyik upload ja gambar sandwich ini. macam sedap je..macam sedap je.

Resepi Vectoria Sandwich

Gambar orang lain punya

Bahan-bahan:
Sebuku roti potong (saya guna yang panjang punya)
1 tin sardin yang kecil
1 Bawang besar (dihiris kecil2, kalau nak lagi berasa boleh saja letak lebih)
3 tangkai cili api ( dihiris kecil2, kalau suka pedas boleh saja letak lebih)
1 biji lobak merah
1/2 biji timun
marjerin
mayonis
sedikit garam

Cara-cara membuat:
1) Sebiji lobak merah kerat 3 bahagian, rebus empuk, kemudian lenyek2 dan sejukkan.
2) Timun buang biji, parut separa halus, tapis airnya.
3) Sardin ambil isi sahaja, kuah dia amik sikit ja, sangat sikit, tak nak basah2. Lenyekkan sardin dan gaulkan dengan bawang merah, cili padi dan sedikit garam.
4) Ok langkah seterusnya saya bagi daripada yang saya sudah download daripada page itu. Senang, tak payah nak taip lagi. Jimat masa.hahha sebenarnya rasa lagi faham kot kalau tengok lukisan di bawah ini. hahah hope anda faham.

peti = peti sejuk
Hakikatnya..saya student ma, mana ada peti sejuk. Maka tak ada nak simpan semalaman dalam peti ke apa, pagi tu buat, terus potong dan terus makan masuk perut. Happy! ahhahaha

Senang saja nak buat ni, best, tapi almaklum, pisau pun tumpul, jadi saya kena sabar sikitlah bila masa nak potong tu. Tu yang rupa teruk ni, haha inilah victoria sandwich hasil air tangan sendiri. Sambil potong sambil ngap! hamboi gelojoh sungguh..hahah

ini yang saya buat, buruk sikit.hahah
Cadangan fiza, kalau nak ada rasa masam-masam sikit boleh perah air limau, tapi kalau perah air limau kena kurangkan kuantiti garam dalam sardin tu...emm masa buat untuk zati punya yang terakhir sekali, masa tu dah give up nak potong, jadi bagi zati yang belum potong, kesian zati kena makan besar2 tu, maaf tau zati. haha Untuk nana pula oleh sebab dia puji sandwich sedap, maka saya paksa dia habiskan yang mana tak habis. Dengan alasan, "orang cakap kalau siapa suka habiskan makanan nanti dia dapat kahwin dengan lelaki soleh"..hahaha maaf tau nana dan terima kasih sudi dibuli..kah3 semoga kamu betul2 dapat kahwin dengan lelaki soleh ye..amin.

Tuesday, November 18, 2014

Cara nak download video youtube senang tanpa guna apa-apa software

Hari ini saya nak download video daripada youtube.

Walaupun saya ada install software Internet downloader manager (IDM) tapi saya kurang gemar menggunakannya untuk download video daripada youtube kerana:-
  1. kadang-kadang icon IDM tu tak keluar
  2. Dia akan bagi banyak list, termasuklah iklan pun dia bagi. Kalau kita salah klik dah buang masa.
  3. Kadang-kadang video yang kita download tu akan ada rosak.
Oleh itu, kalau anda pun mengalami masalah macam saya, maka saya cadangkan anda pun ikut cara saya untuk download video daripada youtube dengan menggunakan perkataan "ss"

1)search video yang anda mahu.

2)pergi ke url video tersebut dan hanya tambah perkataan ss dia hadapan perkataan youtube. Kemudian tekan button 'enter' pada keyboard komputer anda.


3)Pilih jenis kualiti video anda. Semakin besar nilai p, semakin berkualiti video tersebut. Kemudian klik saja dan terus download.


 Dah siap download

Oleh sebab saya kurang mendengar radio, dengar radio time naik kereta kawan saja atau time kemas bilik hujung minggu. Jadi saya kurang tahu tentang lagu-lagu terkini. Kalau dulu roomate lah yang selalu introduce lagu2 yang the latest. Sekarang ini keretapi lambat sikit. See lagu terbang tunduk ni da release september..la ni da november dah baru tahu. hahha

emm bercakap sedikit berkaitan fynn jamal pula. I know that dia ada niat yang baik, apa yang nak disampaikan itu baik. Tapi cara penyampai dan attitude 'fynn yang dulu' itu agak slack lah. (Tapi kita sebagai manusia, kita tak boleh membenci seseorang, kita hanya boleh membenci kemungkaran yang dilalukannya sahaja, itu dinamakan mencegah kemungkaran melalui hati. Bak kata ustazah saya masa sekolah menengah dululah). Tapi sekarang alhamdulillah fynn sudah berubah ke arah kebaikan. Semoga perubahan dia kini akan berkekalan dan dia sentiasa mendapat sokongan untuk berbuat kebaikan daripada semua. Saya suka ke fynn jamal yang sekarang? hehe sorry saya kurang dalam bab-bab untuk sukakan artis,..hahah sorry ..peace ^^V

Sunday, November 16, 2014

Bengkel Penulisan High Impact Journal


Happy sangat!!! 

Hujung minggu ini adalah kerja memenuhkan ilmu didada. Sampai ke Universiti Malaya kami pergi cari ilmu tentang penulisan high impact jurnal. Objektif masuk bengkel ini adalah untuk menyiapkan satu paper jurnal untuk dihantar ke jurnal yang mempunyai impact factor yang tinggi..erghhh Berat sebenarnya objektif itu, lagi-lagi untuk pelajar master ni.  Untuk mendapatkan ikan yang besar, umpan pon kenalah besar. Sekali mamaku kata, nanti kita pergi balik naik flight dan tidur dekat cititel hotel midvalley. Terus membulat mata. Ok setuju! Hahahah memang tak boleh pakai..tapi kalau tak ada flight dan hotel tu pun saya tetap kata setuju. Mahal kot yuran bengkel ni. Don’t worry semua mamaku support. Duit geran katanya. ^_^

Jumaat petang saya, zati dan mamaku pun mulakan perjalanan kami. Naik flight firefly, mulanya tersalah nama eja pada boarding  pass, tapi telefon sekejap ja dia betulkan dan terus boleh check in seperti biasa. Flight dia agak kecil sedikit, jadi memang agak terasalah gegarannya sedikit. Jadi bagi siapa yang mabuk perjalanan, ambillah pil mabuk siap-siap ye.. masa stewardess bagi air, saya pilih jus oren, rasa pening je minum seteguk, pening lagi seteguk lagi. Roti simpan dalam beg..hahha Ala sekejap ja, tak sempat nak feeling2..haha dalam sedomestic ja kan. Ok la tu..Peghh KL memang jem teruk! Daripada airport subang ke midvalley tu 1jam setengah duduk dalam teksi masa perjalanan pergi tapi bila balik pula alhamdullilah tak jem dalam 30 minit dah sampai. Oh ya. kalau nak senang dalam penggunaan teksi, bolehlah install application MyTeksi dalam android. Ok la dia akan detect teksi berdekatan dan teksi itu akan ambil kita terus. senangkan. 

Ok dah sampai hotel. Best sangat wei cititelhotel ni. Makan dan jalan-jalan senang sebab sebumbung dengan midvalley. Saya bagi 4 bintang. Kami duduk di tingkat paling tinggi, tingkat 28. gayat, jakun semua ada. almaklum orang kampung dapat duduk kat hotel. Fasiliti, dan environmentnya memang de boom! Zati masuk bilik air terus panggil, "radhiah meh sini..ta da"..ada bath tub, shower..yang kelakarnya siap ada penimbang berat badan. Ok berat saya bertambah! Actually saya start sedar yang berat saya sudah bertambah semasa di Korea. Yang mana sebelum tu berat saya maintain 36-37kg sahaja. Tapi sekarang berat saya maintain 40-41kg.. Do I’m happy? Of course! 41kg tu pon masih underweight lagi tau. BMI tak seimbang. hahha

Cititel Hotel
Ok Bengkel Penulisan Jurnal berimpak tinggi diadakan selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. Instructornya ialah Dekan RMC UM yang mana beliau juga seorang editor untuk jurnal yang berimpak tinggi. Bukan calang-calang orang tau. Bengkel ini sangat membantu dalam teknik bagaimana untuk menjadikan paper kita being  selected to be publish in high impact jurnal. Sememangnnya ia memang susah untuk dapat publish jurnal yang berimpak tinggi. Dan ianya amat penting bagi seorang yang bergelar penyelidik. Ala ibarat kalau masa sekolah dulu SPM kena dapat 10A, tapi kini kena publish jurnal yang berimpak tinggi. Susahkan, tapi kalau tahu teknik yang betul. Maka nak dapat tu agak memudahkanlahkan. Sebab atleast kita dah ada guide dan tahu apa yang do and don’t  dalam menulis jurnal yang berimpak tinggi. Insyallah. Hahah agaknyalah. Saya pun baru nak belajar menulis high impact jurnal ini. Selain itu, kami juga dapat mug daripada urusetia. Jika anda berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak CCISUM ini, boleh singgah ke laman webnya : http://www.ccisum.com/

Prof Low Wah Yun
cenderamata from CCISUM
 Ok itu sahaja, terimakasih mamaku belanja kami. Opss, sekejap! ada pesanan penaja : jangan lupa siapkan jurnal tu. glurppp.. I i cip ^^'

Last day, jom balik Johor


Wednesday, November 12, 2014

Perasaan ini


Jumpalah mamaku petang tadi..diskus sikit, cadangan sikit. Gedebak-gedebok-gedebak-gedebok..memory full…emm nak cerita apa ek? hahhahah

Sememangnya perasaan “ini” selalu  muncul bila keluar sahaja daripada bilik supervisor kot. Yang mana, hati akan berkata “banyaknya tak siap lagi, boleh ke siap?” dan otak pun nak berkata “nak tak nak memang kena siapkan jugalah, jadi redah jela”..

Rezeki hari ini hujan mencurah-curah ke ladang gandum, makanya saya tersekat di fakulti seorang diri. Sementara nak tunggu hujan berhenti tu solat asarlah sekejap. Masa ini juga lama jugalah termenung sebenarnya mengenangkan masa hadapan. Layan perasaan lebih..hahaha Tunggu punya tunggu punya tunggu macam tak ada harapan ja nak berhenti hujan ni. Jadi jam 6.30 petang tu pun teruslah redah hujan juga. Sejuk wei..bawa motor slow saja sebab jalan licin dan penglihatan yang bermasalah lagi dengan berkaca mata ini. Memang rasa nak demamlah masa balik tu. Mandi…lapar pula..emm nak makan tapi malas nak buat apa-apa. Hahah dasar pemalas kamu ya..
Jadi masak nasi, buat megi tambah telur, makan dengan tomato fresh. Ha…inilah makanan saya masa kat korea dulu kalau agak-agak dah malas atau tak ada barang nak masak.hhaha kami student ma..tak kisah sangat bab makan ni, asalkan makan. ye dop.. Kemudian tidur.. Perghhh awalnya tidur hari ini. Jam 8 .30pm dah tidur. 

Padah tidur awal jam 11.30malam dah terjaga. Elok pula mata ni segar, rasa nak demam tadi semuanya dah elok.  Perasaan yang gusar gelisah semua hampir dah hilang. Jadi apa nak buat yek? Saya pun buatlah list apa yang perlu dibuat untuk master saya selepas sesi discussion dengan mamaku petang tadi. 

Kemudian, ok kerja hari ini dah siap, (buat list je pun, keje tak buat lagi..hahhaha) jom start connect to wifi UTM dan kshow time! Hahha memang tak boleh pakai..hey penting tau, sebelum jumpa mamaku biasanya saya akan siapkan kerja dulu (kalau boleh siaplah) dan tangguhkan keinginann diri yang membuak-buak daripada tengok korea. Jadi lepas dah tunjukkan kerja tadi, haruslah reward diri sendirikan. Hahaha biasa running man dulu, tapi episode minggu ni tak best sangatlah. Kemudian tengok We Got Married pula, saya hanya tengok part pasangan Yura dan Jonghyun.tak follow sangat WGM ni sebenarnya. Actually saya suka gaya gelak Yura tu ja, nak tengok dia gelak ja, hahahhahah tunggulah tak lama lagi saya punya gelak macam tu pula.

Bila cerita bab ketawa dan gelak ni, saya ada 1 masalah personaliti dalam bab ini, yang mana saya tak akan gelak sopan, sebab adalah kejadian masa sekolah menengah dulu. Yang selepas kejadian itu, saya akan tengok cerita yang ketawa pelakon dia ntah macam apa-apa ja dan saya akan tiru gaya ketawa tu. Contohnya yang pernah saya tiru, gaya ketawa Mak Lampir, gaya ketawa Rika Sumanto dalam cerita Bawang merah bawang putih Indonesia dan terkini gaya ketawa saya tiru dalam cerita melayu apa pun saya dah lupa. Maafkan saya. Saya pun tak tahu macam mana nak atasi masalah ini. Hahhaha tapi tunggu gelak terbaru  saya gaya Yura ok! Hahaha


Ok dah jam 3.30pagi. Tidur tidur, esok pagi ada program bersama pelajar Jepun. Wee ^_^

p/s: handle your stress first dan kemudian yang lain akan menjadi lebih mudah insyallah..Cehh ok bye..

Tuesday, November 11, 2014

Resepi Kuih Ondeh-ondeh

Nama lain bagi kuih ondeh-ondeh ni adalah kuih buah melaka..saya pun tak tahu kenapa nama dia begitu. Ok first time saya buat kuih ni masa kenduri di rumah masa sekolah menengah dulu. tipu. Dulu tolong buat je, bukan saya yang buat. Saya tolong rebuskan jek..hahha

Tapi sekarang bila tengok resepi google, macam senang ja. Jadi ini adalah kuih yang rajin nak buat kalau ada kelapa parut. Last saya buat kuih ni masa nak sambut birthday dak kamis dan fahmi oktober lepas. Dalam sejam pun dah boleh siap dah buat kuih ni.

google image je sebab tak ada ambil gambar masa tu

Bahan-bahan:-
Tepung pulut
pewarna pandan warna hijau (suka hati nak pakai brand apa pun, saya pakai yang serbuk yang murah je, saya student ma, so kene pandai berjimat..ehhe)
Gula melaka (dipotong dadu kecil2)
Sedikit garam
Sedikit air
Kelapa parut (diletakkan garam sedikit)

Cara-cara membuatnya:-
1)Tepung pulut campur sedikit saja pewarna pandan dan digaulkan dengan air dan sedikit garam sehingga sebati. Rasa la sedikit adunan tu agar tak terlalu tawar atau masin.  Pastikan adunan tu jadi kepal elok. Ada orang gaulkan sekali dengan kapur, tapi saya tak guna sebab tak nak periuk berbekas dan juga sebab nak jimat pun ye juga..hahah
2)Ambil sedikit adunan tu dan bentukkan bulat macam guli. Kemudian tekan dengan ibu jari supaya leper. Selepas itu, masukkan gula melaka yang dipotong dadu tadi ditengah2 dan bulatkan kembali adunan kuih buah melaka tu tadi.
3)Semasa nak buat adunan tadi tu dah boleh standby panaskan air siap-siap untuk rebus kuih ini. Bila  air sudah mendidih, masukkan buah melaka yang dah jadi bulat-bulat tu. Ia akan tenggelam. Tunggu sampai ia timbul ke permukaan air yang menandakan ia sudah pun masak sepenuhnya.
4)Angkat dan terus golek-golekkan pada kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam sedikit agar tak rasa terlalu tawar kelapa parut tersebut.
5) Kalau boleh gula melaka tu potong la besar sedikit, sebab kalau makan berasa la manis gula melaka tu. Tapi masa saya buat hari tu, oleh kerana gula tu agak keras, jadi saya potong kecik2 je..hahaha.

Alhamdullilah dapat sambut juga birthday dua orang budak tu. hahha sebab sebenarnya agak lebih seminggu jugalah plan nak sambut birthday budak ni. Kononnya nak makan kat seoul garden la bagai tapi akhirnya masak sendiri, makan sendiri kat kafe kdse ja. Selain kuih ondeh-ondeh, saya juga ada masak bihun tomyam, spageti bolognese dan air koktel buah. Nanti bila time free saya sharekan resepi tersebut ya. Selain itu, syahrul juga ada belikan kek dan bawa keropok inang-inang. Juga memeriahkan majlis ialah Nita. Inilah kawan-kawan saya semasa di Korea dulu. 

Masa tu tak ada bagi hadiah pun, jadi ini sahajalah hadiahnya, Syahrul bagi seorang satu


Monday, November 10, 2014

Program Tausiyah Perdana bersama Habib Ali Zaenal Abidin


Kemarin ada Program Tausiyah Perdana bersama Habib Ali Zaenal Abidin di Padang Kawad UTM. Sememangnya Habib Ali merupakan salah seorang idola saya. Kalau beliau datang UTM mesti nak juga pergi. Ini kali ke-3 saya pergi ke program Habib Ali ini sepanjang saya belajar di sini. Oleh itu saya kenalkan dulu sedikit sebanyak latar belakang beliau ye. (Copy paste saja dari google)

Al Habib Ali Zaenal Abidin  .(12 April 1974)
sekali pandang, dua kali pandang, tiga kali pandang, tak jemu2..ehhe
 -Nama penuh beliau ialah Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar.. Al Habib Abdul Qadir Al Jufri merupakan pengasas bagi Darul Murtadza walau bagaimanapun Al Habib Ali Zaenal telah mengambil alih tugas berat ini. Beliau di lahirkan di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Semasa kecil, beliau pernah belajar beberapa ustaz  untuk mendalami ilmu agama.
Semasa umur 21 tahun beliau belajar di Hadramaut, Yamen atas restu ayahbondanya. Beliau juga tidak terlepas berguru dengan guru yang berpengalaman dan diantara guru yang sangat dikenali iaitu Habib Umar bin Hafidz. Majlis Ta'alim Darul Murtadza diadakan pada setiap hari jumaat pada jam 9.30 malam (selepas solat isyak) merupakan satu majlis yang mana objektifnya untuk supaya mendekati kita kepada Allah SWT dan tidak lupa kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Ok untuk program Tausiyah Perdana malam ini saya pergi bersama zati. Mulanya ingat nak pergi naik motor jek. Oleh sebab hujan, naiklah kereta, terima kasih zati. Seperti biasa acara akan dimulakan dengan qasidah. Tajuk yang diceritakan pada malam ini ialah mengenai Maal Hijrah. Sempatlah juga saya conteng catit beberapa isi:-
  • Kene belajar sejarah Nabi Muhammad s.a.w sama pentingnya macam belajar Al-quran dan sunnah supaya dapat ambil ikhtibar.
  • Agama Islam ialah agama yang telah dijanjikan mendapat pertolongan Allah. Maka kenapa kita perlu berfikir2 untuk menolong menyebarkan agama Islam?
  • Sesuatu itu terjadi bersebab dan kita perlu bergantung kepada pemberi sebab itu (Allah). Keyakinan mutlak hanya kepada Allah.
  • Adab melayan tetamu, yang menuangkan air itu yang terakhir sekali minum.
  • Hijrah bersama ilmu.
  • Perlu ada keterbukaan dalam berilmu dan tidak bersifat jumud. --> berfikiran terbuka, dapat menerima setiap pandangan orang tanpa bersifat fanatik dan membenarkan diri sendiri lalu menyalahkan orang lain.
  • Kalau tidak sehaluan pendapat, ucaplah "Semoga Allah memberkati kamu"
  • Semua pernyataan boleh benar atau salah kecuali daripada Al-quran dan Hadis.
  • Berhati-hati dalam bercakap tentang menetapkan hukum yang berdasarkan nas seperti haram, makruf, dan sebagainya.
  • Sentiasa usaha lebih untuk mencari ilmu tentang al-quran dan hadis.
  • Tidak lihat ilmu itu datangnya daripada siapa yang penting ilmu itu. Selepas perang badar, Seorang tawanan musyirikin perlu mengajar 10 orang muslimin membaca dan menulis untuk membebaskan dirinya.
Rasa beruntung sangat kerana  dapat mengikuti program ini. Serius saya terpana dengan lenturnya bicara pendakwah ini. Dalam sifat peribadi yang kelembutan, kesopanan itu ada ketegasan dalam menyampaikan mesej. Beliau tak ada pun pegang nota, semuanya tersusun rapi keluar daripada minda. Itulah kalau nak jadi pendakwah/pendidik kenalah hebat dalam ilmunya dan juga peribadinya. Hope saya juga boleh jadi seorang pendidik yang hebat satu hari nanti. amin. 
 
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia. - See more at: http://darulmurtadza.com/habib-ali-zaenal-abidin-al-hamid-3/#sthash.XJ4QgKLY.dpuf

Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia. - See more at: http://darulmurtadza.com/habib-ali-zaenal-abidin-al-hamid-3/#sthash.XJ4QgKLY.dpuf

Sunday, November 9, 2014

Resepi Asam Pedas Melaka

Macam biasa setiap hari ahad saya akan rajin memasak. Kenapa? Sebab dekat Taman Pulai (berhampiran pintu pagar belakang kolej KTGB) ada buat pasar pagi (orang selalu panggil pasar tani tapi saya dah terbiasa panggil pasar pagi. layankan aje). Sebab kami tak ada peti sejuk untuk simpan barang basah. So beli time tu dan terus masak. Pasar ini tak lah besar sangat, tapi bolehlah nak buat beli lauk basah dengan murah sedikit daripada dikedai runcit atau pasaraya.

Mulanya cadangnya nak pergi dengan zati, tapi pagi tu nana da ketuk bilik, terus ajak nana. Untuk pertama kalinya nana pergi ke pasar pagi di sini rupanya. ha untung bawa nana, atleast dia dah tahu kat situ ada pasar pagikan. emm list barang-barang semua dah ada dalam kepala. Jadi teruslah pilih-pilih dan bayar. Kemudian sempat juga nana bawa ke pasaraya Maslee, bolehlah beli beberapa barang lagi. Terima kasih nana

Ok balik tu terus bawa barang ke pantri dan start menjadi masterchef.

Resepi Asam Pedas Melaka untuk 3 orang

gambar ini google image je, terlupa nak ambil gambar asam pedas yang saya buat tu.


Bahan-bahan:-
3 ekor ikan (saya kerat separuh makan untuk lunch, separuh untuk dinner, kami student ma, so kene jimat)
6 batang bendih 
2 ulas bawang besar (blend/tumbuk/ saya kat asrama hiris je sbb xde blender)
4 ulas bawang putih (blend/tumbuk/ saya kat asrama hiris je sbb xde blender)
cili giling (kat asrama xde blender, beli yang da siap blender jek..haha)
asam jawa
2 batang serai (dititik/ditumbuk)
3 helai daun limau purut
sedikit daun kesum
minyak masak,
sedikit garam.

Cara-cara memasak :-
1)Panaskan  minyak masak.
2)Tumiskan serai sampai naik bau. Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis lagi sampai naik bau dan agak garing bawang tu.
3)Masukkan cili giling, tumis sampai garing.
4)Masukkan air asam jawa. Ikutlah kalau suka masam atau tak. 
5)Kemudian masukkan bendih, tunggu sampai bendih dah hampir masak.
6)Masukkan ikan, daun limau purut dan daun kesum. Jangan lama sangat takut ikan tu overcook. Tapi selalunya saya suka goreng lemau dulu ikan tu sebab dah terbiasa di rumah makan macam tu.hahha
7)Masukkan sedikit garam secukupnya.
8) boleh juga kalau nak masukkan tomato (kalau xnak letak pon xpe, saya tak letak sebab nak jimat..haha)
Alhamdullilah inilah hidangan kami bertiga untuk hari ini. Sebenarnya risau juga sebab nana kata dia dah bosan nak makan asam pedas, sebab dari kecil hidupnya dengan asam pedas. Tapi da tekak saya  teringin juga nak makan asam pedas melaka, jadi suka hatilah, nak juga buat. Alhamdullilah nana suka dan siap cakap boleh buat lagi nanti dia akan makan. Kami makan sampai licin. Tak tahulah sebab sedap ke sebab memang lapar. hahha sebenarnya nana dan zati ni orang Johor, nana orang Kluang dan Zati orang muar. Asam pedas Johor agak lain sedikit cara buatnya dengan Asam pedas melaka yang mana mereka tak letak serai dan daun limau purut tetapi mereka ada letak halia.