Saturday, July 22, 2017

Master Konvokesyen UTM! 2017

Yeayyyyy...alhamdullilah

Akhir segala suka duka sebagai seorang pelajar sarjana telah pun berakhir.

OGOS 2013 - APRIL 2017

3 tahun 9 bulan. Bukan perjalanan yang singkat.

Ini merupakan kejayaan yang terbesar dalam hidup saya setakat ini. Banyak perkara yang berlaku.
1) Join conference - 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017
2) Join innovation competition
3)Pergi Summer School Korea
4)Dapat posting mengajar di SMK Tebedu Sarawak Januari 2015

Perjalanan master saya semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dengan target graduate on time. Tetapi semuanya terkandas apabila mendapat posting mengajar yang telah memanjangkan jangka pembelajaran sarjana ini menjadi cukup panjang. Walaubagaimanapun orang-orang disekeliling saya sangat memberi sokongan kuat sehinggalah tamat pengajian ini. Jutaan terima kasih dan alhamdullilah ya Allah.
------------------------------------------------------------------------------------------------

28 April 2017 (Jumaat)

Pulang dari sekolah pergi ke airport Kuching tumpang cik Yvonne, kami singgal di Vivacity Mall cik Yvonne belanja makan sedap..

Sedap cik Yvonne belanje..hehe
Setiba di Airport senai jam 10 pm terus bergegas menuju ke kereta Nana yang telah sedia menunggu bersama-sama ibunya. Gembira berjumpa Nana & kami bercerita tak habis-habis sebab ada cerita perjalanan hidup kami selepas konvo. Hehehe

29 April 2017

Ayah, mak, adik, kak sara dan 2 orang anaknya Iskandar dan Balqisyah datang daripada Melaka. Kami berjumpa di Padang Karnival Konvo dan segera ke Dewan Konvo. Saya uruskan pendaftaran dan terus menunaikan solat Zohor di Masjid UTM. Gembira dapat solat di masjid itu. Ya dulu di saat kepenatan, kekecewaan, kesedhan dan kegembiraan, tempat inilah yang dituju untuk memohon hidayah dan memanjatkan kesyukuran...semoga masih diberi peluang solat di sana.

Usai solat segera touch-up dan bergegas ke berbaris untuk masuk ke dewan. Ramai yang  rasa gembira dan bangga. Ya sudah memiliki master. Saya tak dapat berkata apa-apa, hanya air mata sahaja yang mengalir sendiri semasa mendengar ucapan (tak ingat siapa). Mengenangkan perjalanan yang penuh haru-biru. Tak semudah yang dirancanakan. oK Done! tak nak cerita sedih2. Nah nak tayang gambar yang telah di upload di Fb..heheh

gambar suka suki with famili tercinta

with mak gorgeous and ayah sado

with my beloved supervisor

convo with nana
Kepada kawan-kawan yang masih berjuang. Teruskan usaha kalian. Never give up dear! Bak kata seorang kawan saya aka ustazah rock:-
 "Master ini tak seperti Degree. Master lebih kepada rezeki. Ada orang rezeki master dia sangat mudah, dan kita ini diuji. Ya kita diuji kerana disayangi oleh Pencipta Kita"

Ada lagi...setelah perjuangan yang penuh gagah ini. Mestilah reward nya setimpal kan....
tak nak cerita panjang..see photos













GERMANY - NETHERLANS - BELGIUM - FRANCE

Thank you my BFFs for these wonderful trips

1 Mei 2017

 Saya dirisik.... dan ini bermakna.. sudah ada kisah baru dalam hidup saya. emm macam nak buat blog baru pulak rasanya.. Oh ya..jangan lupa baca sekali blog saya yang lepas  Sebulan Ramadan @ Seoul, Korea

Special for my ehem2

Doakan yang baik-baik ^_^