Sunday, February 1, 2015

Akhirnya Menjadi Seorang Guru

Alhamdullilah..setelah sekian lama iaitu kira-kira setahun setengah kami daripada Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) menunggu akhirnya kami dapat panggilan posting menjadi guru. Maka, ini bermakna cita-cita saya untuk mejadi seorang guru telah pon tercapai. alhamdullilah ya robb.

Pada suatu pagi hening (lupa tarikh bulan lepas), selepas menunaikan solat subuh, saya pon on data internet, mencurah-curah whatsapp masuk melimpah ke ladang gandum. Rupanya wasap daripada group kelas kami yang menyatakan result posting sudah pon keluar malam tadi kira-kita dalam pukul 1 pagi. Saya pon terus cek dalam e-graduan. Serta-merta air mataku mengalir membasahi baju dan lantai. Tahniah anda telah dilantik sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan di Sarawak. 
Ok S-A-R-A-W-A-K. and based on perbualan dalam wassap group kelas tadi memang just I am the only one yang dalam kelas itu yang akan diterbangkan ke Sarawak. Ok tak nak cerita lebih part ni. Nanti bergelinang lagi. Almaklum orang perempuan dengan air mata tak dapat dipisahkan hahha..kemudian setelah kawan-kawan dah tenangkan diri ini. Saya memberitahu khabar berita 'gembira' ini kepada ahli keluarga dan juga supervisors saya. 

Apa feedback mereka?

Alhamdullilah mereka menerimanya dengan redha walaupun pada mulanya terkejut dan nampaklah hati tak tenteramnya. hahaha So then, bertungkus-lumus settle semua urusan meninggalkan UTM dan hal-ehwal untuk mendaftar menjadi guru. Alhamdullilah dapat ahli keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan dan para pensyarah yang positif, baik hati, ringan tulang dan tak berkira telah banyak memudahkan urusan-urusan saya ini.

Barang-barang yang dibawa balik rumah setelah banyak yang ditinggalkan di UTM.


Pada 19/1/2015, saya telah melapor diri dengan Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Novelle, Selangor dan pada 20/1/2015 telah berlepas ke Kuching, Sarawak dan pada 21/1/2015 saya melapor diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu, Serian, Sarawak. Sekolah ini baru sahaja dibuka pada 2011 dan ia sangat hampir dengan Kalimantan, Indonesia. Anak-anak muridku majoritinya kaum Bidayuh dan beragama Kristian. Ok sekarang sudah bermula kehidupan kerjayaku.. Setiap hari dengar perkataan "Selamat Pagi Cikgu". weee happy kot..

Murid tingkatan 1. Saya ajar sains ^_^

Ada style cikgu-cikgi kan..hahah


Kemudian, apa cerita master saya ni?? emmm -_-

Setelah berbincang dengan mamaku dan kakakku. Kedua-duanya kata siapkan dulu mana boleh. Kalau boleh 5/2 ni hantar tesis kamu. How could I do that in short period? Pulun-pulun...chaiyok3 Untuk itu memang beberapa hari sebelum melapor diri di Selangor tu memang setiap hari saya tidur jam 4 pagi. Alhamdullilah banyak juga yang bergerak. 

Tapi, bila sudah di Sarawak ni..emmm macam tak gerak jek master saya tu, maka saya minta untuk extend dan tukarkan kepada mode part time untuk semester depan. Mamaku dan kakakku pon cakap ok. Tapi bersyarat, siapkan cepat-cepat dan hantar segera. "Saya setuju extend ini bukan untuk awak leka, tapi untuk awak perfectkan tesis awak itu." Yes mom.

SMK Tebedu, Serian, Sarawak