Tuesday, December 24, 2019

Tempat menarik sabah. Bole bha kalau kau

Sebenarnya ini Kali yang ke 3 Saya bercuti-cuti Malaysia ke Kota kinabalu. Kali pertama dengan kawan UTM. Kali ke 2 dengan kawan SMK Tebedu Dan Kali ni dengan keluarga tercinta. Mak, ayah, suami, muhammad, adik, suaminya, anaknya Dan abangku.. kesemuanya 7dewasa Dan Dua bayi..percutian untuk 4hari 3malam. Day 1. *Tiba di airport kk jam 11 pagi ambil van sewa.makan Dan solat. *Ke rumah terbalik. *Ke jambatan tamparuli. *Kemudian kami terus ke Ranau. Oleh sebab cuaca hujan Dan Ada tanah runtuh jadi masa perjalanan agak lama. Maka kami terus chek in di Ligawu Lodge (pilih sini sebab dia takde tangga jadi sesuai untuk mak). Day 2 *Sabah tea. Kami sarapan di sini sangat mahal ok. Mee goreng 12hinggit kau rase ? Tapi sedap la.. *merendam kaki di Sungai moroli (tiket masuk rm5/person *Kokob rafflesia. Masa tu bunga rafflesia blom blooming penuh tapi ok la alang2 datang jauh tengok jugak la. Rm25/person. kalau blooming betul harga dia rm35/person. *ke kundasang untuk ke Desa dairy cattle farm.. ha ni la tempat lembu new Zealand tu. *war memorial. Da sampai depan pintu tapi Kami Tak masuk sebenarnya sebab Tak de yang minat sejarah hahaha tapi Saya pernah masuk dulu. Jadi keluarga makan tengahari dan membeli di pekan kundasang itu. *Pulang ke Kota kinabalu dan kami check in diamarina court condominium untuk 2malam. Di sini boleh masak jadi kami hanya memasak until setiap Kali waktu makan. Lagi jimat Dan kena dengan tekak kami sendiri hahaha... Puas juga makan seafood hari-hari di sini. Barang nasah dia seperti sotong ketam udang jauh lebih murah jika beli di pasar berbanding makan di kedai makan. Day 3 *Ke jesselton point untuk membeli tiket ke Pulau Sapi. Saya pilih 1 Pulau je sebab lebih mudah memandangkan kami ada anak kecil dan warga emas hehehe. Balik jam 12 tengahari *Rileks (sepatutnya le Lok Kawi Wildlife tetapi keluarga da penat sangat jadi berehat Dan masak makan tengahari) *Membeli buah tangan di pasar Filipina Day 4 *Mandi kolam di Marina Court Condominium (rugi la kalau Tak berendam di tempat tidur yang Ada kolamkan). *KDCA cultural village. Tiket rm35/person. Sangat bagus dan best pergi sini. Mesra bayi Dan orang tua. Jika Ada bawa stroller atau kerusi roda Tak bimbang. Sangat selesa. *Membeli lagi di pasar Filipina. *Tengok sunset do Tanjung Aru *Pulangkan van di airport kk Dan fly balik KL. Masa di airport balik tu saja tanya mereka paling suka pergi yang Mana? Rata-rata cakap cultural village, Desa dairy farm and Pulau. So see photos.

Thursday, November 21, 2019

Comel

Saya rasa gambar ni sangat comel..
Memang da takde keje Kan update blog semata-mata letak gambar Michelin Ni haha sebenarnya sebab tengok anak buah baru saya body dia sado bergulung-gulung mcm karton tu, sebab tu Saya Google gambar Michelin Ni hahaha .. ok last nak bagitahu Hari ni Saya rasa sangat malas. Jadi nak share lagi satu gambar khas kepada orang yang nak join bermalasan bersama-sama Saya.
Ok bye hahahhaa

Friday, November 1, 2019

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Tebedu 2019

1 November 2019 Majlis Anugerah Cemerlang tahun ni best sebab tema dia musim luruh.. Yang menerima anugerah tu mesti la gembirakan. Saya ucapkan tahniah. Oleh sebab saya guru kelas 5 Amanah saya gembira anak-anak murid kelas saya dapat banyak anugerah.. berkat usaha mereka dan bimbingan guru-guru mereka.. ok done. Sebenarnye saya nak tunjuk dekorasi hiasan dewan hari tersebut..heheh see photos.

5 Amanah 2019 : Appreciation Party

28 Oktober 2019 Jam 2 ptg Di bilik pengawas Da nak hujung tahun Ni..so ape lagi..mestilah Kita buat jamuan kelas.. Dengan tema KISS : Keep it short & simple Selama setahun menjadi guru kelas kepada 5A yg 'unik' ini..Saya pon tak tahu ianya seperti dirancang. Jika kelas tu ade problem masa form 4, suka sgt jadikan saya guru tingkatan mereka masa form 5. Why ha? Pengalaman memang sangat membantu, tapi ok la daripada dulu saya melayari a Jurassic Park. But this year just like driving at a busy town with a lot of noise and complicated road.so my work just make the town into a safe and peaceful place. Alhamdullilah ramai cikgu mereka telah memuji perubahan sikap dan kematangan mereka. Itu sudah cukup menggembirakan hati seorang guru kelas. Yang best dorang Ada add-on dalam peningkatan akademik. Ehh lupalah topik Kita pasal jamuan akhir tahun.. so see photos..

Monday, September 9, 2019

Review Periuk nasi mini elektrik, handblender dan kipas mini portable

Hari ni cuti jadi saya ada banyak masa untuk review barang-barang yang digunakan. 1) Periuk nasi mini elektrik saya beli di shopee je harga dalam RM25 sahaja, dapat free gift lagi. Yang bagus periuk ni dia seramik jadi tak lekatlah nasi tu nanti, senang cuci. Yang tak berapa nak bagus dia manual set-up yang mana kalau dia da masak kita kena switch off kan kalau tidak hangit la nasi oiiii.Tapi ok ja sebab sambil-sambil masak lauk kita tunggu nasi masak..Dia kecik jadi periuk ni sesuai untuk orang yang duduk seorang diri. Sekali masak nasi boleh untuk 3 kali makan/pinggan. 2)Handblender russel taylor beli di shopee juga harga dalam RM80.. ada 4 jenis cara kegunaan. Yang bagus handblender ni kita tak perlu pindahkan bahan ke dalam blender jadi ianya membuatkan kerja lebih ringkas. ok buat anda ibu-ibu bekerjaya saya cadangkan tak perlu beli food processor untuk bayi tetapi belilah handblender macam ni. Kita masak nasi dan sayur untuk kita makan, kemudian kita campurkan nasi dan sayur serta tambah sedikit air masak. Blend saja guna handblender ni sudah siap bubur bayi. Ianya selesa guna dan mudah sangat dibasuh. Tambahan dia ringkas dan senang dibawa ke mana-mana. Saya angkut naik flight dalam beg sandang je naik AirAsia balik seminggu cuti di Selangor. Menggembirakan sangat. Cuma ia tidak heavy duty, tak boleh mesin bawang tapi saya penah je mesin cili dan bawang ketika mesin cili rosak dan ianya masih elok. 3) kipas mini portable HEJ Kipas ni recomended by cikgu Maryln yang duduk sebelah meja. Beli di kedai MR D.I.Y harga RM 12.50. dia ada bateri dan bole dicaj semula. laju juga la dan ada torch light. almaklum saya di Tebedu ni selalu blackout. Pernah beli beberapa kipas mini yang lain tapi si kecik Muhammad asyik nak sumbat jari dalam kipas takut mak cik nak oiii.. jadi kipas ni ok la jari Muhammad yang debot tu tak dapat masuk. dia nak lempar pon saya tak kisah hahahha Saya beli barang-barang ni untuk harga tahun 2019. Review ni dibuat sebab saya rasa barang-barang ini berbaloi dan ringkas. Ikut keselesaan masing-masing.

Sunday, August 18, 2019

My baby muhammad turn 1

Alhamdullilah da setahun da umur Muhammad...

Walaupun pada asalnya cadang nak tinggalkan muhammad di selangor namun keputusan diambil last minute. Saya bawa dia ke sarawak..ye kekecik lg muhammad Naik flight.

Tipu kalau cakap xsusah Pon nak jaga Muhammad Kat sarawak sengsorang. Tapi alhamdullilah Allah sebaik-baik pelindung kami. Banyak urusan kami dipermudahkan.





Semoga menjadi anak yang soleh.