Tuesday, December 24, 2019

Tempat menarik sabah. Bole bha kalau kau

Sebenarnya ini Kali yang ke 3 Saya bercuti-cuti Malaysia ke Kota kinabalu. Kali pertama dengan kawan UTM. Kali ke 2 dengan kawan SMK Tebedu Dan Kali ni dengan keluarga tercinta. Mak, ayah, suami, muhammad, adik, suaminya, anaknya Dan abangku.. kesemuanya 7dewasa Dan Dua bayi..percutian untuk 4hari 3malam. Day 1. *Tiba di airport kk jam 11 pagi ambil van sewa.makan Dan solat. *Ke rumah terbalik. *Ke jambatan tamparuli. *Kemudian kami terus ke Ranau. Oleh sebab cuaca hujan Dan Ada tanah runtuh jadi masa perjalanan agak lama. Maka kami terus chek in di Ligawu Lodge (pilih sini sebab dia takde tangga jadi sesuai untuk mak). Day 2 *Sabah tea. Kami sarapan di sini sangat mahal ok. Mee goreng 12hinggit kau rase ? Tapi sedap la.. *merendam kaki di Sungai moroli (tiket masuk rm5/person *Kokob rafflesia. Masa tu bunga rafflesia blom blooming penuh tapi ok la alang2 datang jauh tengok jugak la. Rm25/person. kalau blooming betul harga dia rm35/person. *ke kundasang untuk ke Desa dairy cattle farm.. ha ni la tempat lembu new Zealand tu. *war memorial. Da sampai depan pintu tapi Kami Tak masuk sebenarnya sebab Tak de yang minat sejarah hahaha tapi Saya pernah masuk dulu. Jadi keluarga makan tengahari dan membeli di pekan kundasang itu. *Pulang ke Kota kinabalu dan kami check in diamarina court condominium untuk 2malam. Di sini boleh masak jadi kami hanya memasak until setiap Kali waktu makan. Lagi jimat Dan kena dengan tekak kami sendiri hahaha... Puas juga makan seafood hari-hari di sini. Barang nasah dia seperti sotong ketam udang jauh lebih murah jika beli di pasar berbanding makan di kedai makan. Day 3 *Ke jesselton point untuk membeli tiket ke Pulau Sapi. Saya pilih 1 Pulau je sebab lebih mudah memandangkan kami ada anak kecil dan warga emas hehehe. Balik jam 12 tengahari *Rileks (sepatutnya le Lok Kawi Wildlife tetapi keluarga da penat sangat jadi berehat Dan masak makan tengahari) *Membeli buah tangan di pasar Filipina Day 4 *Mandi kolam di Marina Court Condominium (rugi la kalau Tak berendam di tempat tidur yang Ada kolamkan). *KDCA cultural village. Tiket rm35/person. Sangat bagus dan best pergi sini. Mesra bayi Dan orang tua. Jika Ada bawa stroller atau kerusi roda Tak bimbang. Sangat selesa. *Membeli lagi di pasar Filipina. *Tengok sunset do Tanjung Aru *Pulangkan van di airport kk Dan fly balik KL. Masa di airport balik tu saja tanya mereka paling suka pergi yang Mana? Rata-rata cakap cultural village, Desa dairy farm and Pulau. So see photos.

No comments:

Post a Comment