Monday, May 9, 2022

Pengalaman bersalin di hospital tengku ampuan rahimah klang (HTAR)

16 April 2022 Sabtu Jam 9 pagi masih lagi tergolek2 atas katil, almaklum menunggu hari je lagi jadi dia punye nak terbaring je rasa 24 jam..sekali terasa seketul yg terjatuh dalam rahim dan tetibe air ketuban pecah.. omg..masa ni aku pikir2 lagi sama ada aku terkencing ke air ketuban pecah.. sekali makin banyak air yg keluar, cepat2 aku berdiri tepi katil..niaya kot katil basah lencun..nasib dapat diselamatkan..so comfirm air ketuban da pecah habis dan sakit nak bersalin tu da start rasa. Kelam kabut weyy, jam tu juga baru nak kemas beg nak bawa pegi hospital, jam tu nak siapkan barang muhammad nak hantar ke rumah neneknya.. Dalam masa yang sama aku wassap dan call suami aku yang sedang kerja.. 9.30 kot baru dia tengok wasap, nasib tempat keje dia 15 minit je daripada rumah. Apa lagi dia balik rumah terus mandi dan siap2 untuk menunggu lama nanti.. sementara itu aku sempat la makan roti beberpaa keping dan minum air. Sebelum keluar rumah tanggalkan barang kemas siap2. nanti tak kalut naa..Kemudian kami ambil muhammad dari taska dan hantar ke rumah neneknya di saujana utama. Lepas tu pecut terus ke htar.. sebab da hantar nama untuk bersalin di situ (sbb ada GDM mmg Dr akan booking kan untuk kita bersalin). Masa ni lawak la time sakit beranak tu aku suruh suami aku bawak seperlahan2 mungkin, sakit oo kalo terhentak time tu.. time tak de rase sakit sepecut2 nya dia bawak..hahha Jam 11 pagi tiba HTAR lobby bangunan ibu bersalin, macam biasa daftar dan suami tunggu saja kat luar..untuk SOP covid ni suami langsung tak dapat masuk daripada awal sampai la habis, maknanya sampai ibu dan anak da discharge. Aku pon da siap daftar, nurse pon suruh aku baring dan mereka pon letak wayar2 kat perut aku. Pastu Dr tanya puan ni sakit sangat ni, nak ubat tahan sakit tak? mula2 aku refuse sbb masa macam boleh tahan, tapi lepas dalam 30 minit nurse pula tanya, nak ubat tahan sakit tak. masa ni aku mmg da xtahan sakit. sbb masa tu kita da le tengah sakit lepas tu dia nak cek itu cek ini pasang itu pasang ni, jadi tak rileks. aku pon setuju la nak ubat tahan sakit tu. selepas dia monitor denyutan jantung baby dlm perut ok baru dia bagi ubat tahan sakit tu, cucuk kat montot.. kesannya, kau masih lagi rasa sakit nak beranak tu, cuma da tak sesakit yang tadi tu. tetapi negatifnya kau akan rasa mamai, mengantuk, pening dan muntah sikit. aku masa da bersalin da masuh dalam wad baru termuntah. Ok da selesai masuk cek dekat bilik bawah tu.. baru la dia hantar naik ke wad. Yang kelakarnya dekat sini, baru je tolak masuk wad, nurse kat wad nak cek la bukaan supaya dia senang monitor lagipon dia tgk aku da sakit2 kan. maksudnya tanda da nak beranak tu memang ada. sekali dia cek dia kata da full. cepat2 dia bawak aku naik ke labor room. siap dia suruh aku mengiring kepit kaki, jangan teran dulu. Masa masuk labor room tu terus Dr dan nurse bidan da siap2kan kelengkapan semua dan start encourage me to push.. Ok nak cakap la lagi satu kesan amik ubat tahan sakit tu, aku masih dalam keadaan mamai tapi dia suruh aku push, otak tak boleh nak berfikir, mata aku nak buka pon susah, megantuk gila time ni. tapi dengan pengalaman yang ada aku push jugak la sekuat daya aku. Jam 2 petang, Alhamdullilah lahirlah seorang bayi lelaki comel.. di sambut oleh Dr yang baik. Mereka pon setelkan keluarkan uri, keluarkan darah beku/ kotor, membersihkan bayi dan menjahit bukaan yang terkoyak tu.. auchh masih tak pandai teknik meneran dengan betul, plus mamai kot. sel2 otak tak berfungsi. Lepas selesai semua di labor room, tolak balik masuk dalam wad bersama baby..suami masih tidak dapat masuk dan azankan pon tak dapat. cuma boleh hantar barang pada guard depan pintu wad je. OK secara overall aku nak cakap staf dekat HTAR ni sangat2 membantu, positif dan baik. Masa awal-awal aku datang tu kan aku sangat sakit, mmg Dr dan nurse yang berlainan nampak aku mengerang mcm ape la tu, dorang ajar aku teknik bernafas dengan betul, buat pergerakan macam yang kurangkan sakit. Dorang tak marah2, tak sindir, dorang ajar tau yang betul. Setiap kali tu aku lupa pastu sakit lagi aku salah lagi bernafas, dia ajar lagi. Sebab tu aku kata dorang sangat2 baik. Daripada aku di check up di tingkat bawah, sampai ke labor room sampai ke wad sampai nak atas nak discharge. semuanya sangat2 baik. dorang ajar je aku bernafas yang betul walaupon da seribu kali..hahah..Fasiliti pon bagus, mungkin sebab bangunan baru kot. Bilik wad aku tu ada 6 katil, tp masa aku masuk tu ada 3 orang je termasuk aku dan dalam bilik. Jadi memang tak da pon waiting time nak tunggu katil..sebab mmg banyak katil kosong. pastu dalam bilik tu ada 2 bilik air yang besar siap water heater so kau nak mandi subuh2 pon boleh tak sejuk pon. Makanan dia pon sedap. Semua yang dia bagi aku melantak sampai habis. Orang lain takde selera, aku kenyang je hahaha. Alhamdullilah pilihan yang tepat untuk bersalin di HTAR. Sbb pada mulanya nak bersalin di hospital Shah Alam, tapi masa mengandung ada sakit pegi ke hsa dan prosedur dia agak leceh. lepas tu ingat nak bersalin di hospital uitm, da siap pegi sana tau nak booking. tp pikir2 balik bayar beribu2 sakit bersalin masih sama juga, kalau bayar beribu sakit takde ok la jugak kan. Jadi aku amik keputusan bajet yg nak bersalin hospital uitm tu aku gunakan untuk amik CL menjaga aku berpantang. dan ianya sangat berbaloi. Sebab bersalin di hTAR pon setanding dengan hospital swasta. Oh ye lagi satu point yang terakhir ni mesti ibu-ibu bakal bersalin suka iaitu sepanjang aku daripada check in dan check out kat hospital staf yang urus daripada nurse , Dr dan guard semuanya perempuan. Plus waktu covid ni suami tak boleh masuk wad jadi sangat2 selesa. Tiada lelaki pon.

No comments:

Post a Comment