Sunday, November 30, 2014

Resepi mee bandung muar

Emmm da terlepas cakap nak masakkan Syahrul mee bandung.

Jadi tunaikan sajalah, kalau tak, meleleh air liur dak Syahrul tu dok kempunan nak makan mee bandung.hahhah Jadi selepas conference IEPS tu, keesokannya terus saya masakkan. Sebenarnya plannya nak sambut birthday Syahrul nak makan Seoul garden yang dah bertukar ke Fish Mahattan, last2 bertukar lagi untuk masak mee bandung saja, makan kat tasik utm saja. emm bolehlah..

Resepi Mee Bandung Muar

gambar from google image

Bahan-bahan:-
Rencah mee bandung (saya gunakan cap maharani pesan zati beli dari muar)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
sedikit isi ayam
3 biji telur
sedikit sawi
sedikit fish ball (potong)
sedikit fish cake (potong)
sedikit minyak masak
sedikit garam
sedikit gula

Cara-cara memasak:-
1)Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi.
2) Masukkan rencah dan tumis garing,
3)Masukkan air dan ayam bagi empuk,
4)Masukkan fish cake and fish ball dan kemudian masukkan sawi.
5)Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6)Pecahkan telur satu persatu. Siap
Nota: Kebiasaannya saya suka gunakan rencah seafood seperti udang dan sotong tapi kali ini saya gunakan rencah ayam saja. Sebab rencah seafood dan rencah darat tak elok digabungkan, bak kata orang lah.

rencah mee bandung maharani
Selain mee bandung, saya juga ada buatkan bubur ayam. emm tapi bubur tu rasa macam terlebih pati ayam, almaklum belum pandai bajet rasa lagi. Tak apa nama pun masih belajar. So ok lah kalau not perfect ye dop. Alhamdullilah akhirnya dapat juga sambut birthday Syahrul walaupun hanya ringkas sahaja. Oh lupa nak mention, Kamis ada belikan 2 potong kek untuk Syahrul masa tu. Best juga berkelah di tasik, lagi2 dengan budak 2 orang tu(Kamis dan Syahrul), bukan tahu nak duduk diam. Asyiklah nak tergelak saja. Yang lagi best ada pelangi petang mewarnai cerita kami. hahaha 

Malam tu pula saya makan dengan kawan2 semua (nana, zati,  fiza dan tira) tapi untuk mereka ada menu tambahan iaitu mee hailam. Buat backup sikit takut mee bandung tak cukup.haha Alhamdullilah. selesai tugasan mengotakan kata. emm bila nak makan sedap ni? asyik tak jadi je nak pergi Seoul Graden..sobs3 :(

No comments:

Post a Comment