Sunday, November 16, 2014

Bengkel Penulisan High Impact Journal


Happy sangat!!! 

Hujung minggu ini adalah kerja memenuhkan ilmu didada. Sampai ke Universiti Malaya kami pergi cari ilmu tentang penulisan high impact jurnal. Objektif masuk bengkel ini adalah untuk menyiapkan satu paper jurnal untuk dihantar ke jurnal yang mempunyai impact factor yang tinggi..erghhh Berat sebenarnya objektif itu, lagi-lagi untuk pelajar master ni.  Untuk mendapatkan ikan yang besar, umpan pon kenalah besar. Sekali mamaku kata, nanti kita pergi balik naik flight dan tidur dekat cititel hotel midvalley. Terus membulat mata. Ok setuju! Hahahah memang tak boleh pakai..tapi kalau tak ada flight dan hotel tu pun saya tetap kata setuju. Mahal kot yuran bengkel ni. Don’t worry semua mamaku support. Duit geran katanya. ^_^

Jumaat petang saya, zati dan mamaku pun mulakan perjalanan kami. Naik flight firefly, mulanya tersalah nama eja pada boarding  pass, tapi telefon sekejap ja dia betulkan dan terus boleh check in seperti biasa. Flight dia agak kecil sedikit, jadi memang agak terasalah gegarannya sedikit. Jadi bagi siapa yang mabuk perjalanan, ambillah pil mabuk siap-siap ye.. masa stewardess bagi air, saya pilih jus oren, rasa pening je minum seteguk, pening lagi seteguk lagi. Roti simpan dalam beg..hahha Ala sekejap ja, tak sempat nak feeling2..haha dalam sedomestic ja kan. Ok la tu..Peghh KL memang jem teruk! Daripada airport subang ke midvalley tu 1jam setengah duduk dalam teksi masa perjalanan pergi tapi bila balik pula alhamdullilah tak jem dalam 30 minit dah sampai. Oh ya. kalau nak senang dalam penggunaan teksi, bolehlah install application MyTeksi dalam android. Ok la dia akan detect teksi berdekatan dan teksi itu akan ambil kita terus. senangkan. 

Ok dah sampai hotel. Best sangat wei cititelhotel ni. Makan dan jalan-jalan senang sebab sebumbung dengan midvalley. Saya bagi 4 bintang. Kami duduk di tingkat paling tinggi, tingkat 28. gayat, jakun semua ada. almaklum orang kampung dapat duduk kat hotel. Fasiliti, dan environmentnya memang de boom! Zati masuk bilik air terus panggil, "radhiah meh sini..ta da"..ada bath tub, shower..yang kelakarnya siap ada penimbang berat badan. Ok berat saya bertambah! Actually saya start sedar yang berat saya sudah bertambah semasa di Korea. Yang mana sebelum tu berat saya maintain 36-37kg sahaja. Tapi sekarang berat saya maintain 40-41kg.. Do I’m happy? Of course! 41kg tu pon masih underweight lagi tau. BMI tak seimbang. hahha

Cititel Hotel
Ok Bengkel Penulisan Jurnal berimpak tinggi diadakan selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. Instructornya ialah Dekan RMC UM yang mana beliau juga seorang editor untuk jurnal yang berimpak tinggi. Bukan calang-calang orang tau. Bengkel ini sangat membantu dalam teknik bagaimana untuk menjadikan paper kita being  selected to be publish in high impact jurnal. Sememangnnya ia memang susah untuk dapat publish jurnal yang berimpak tinggi. Dan ianya amat penting bagi seorang yang bergelar penyelidik. Ala ibarat kalau masa sekolah dulu SPM kena dapat 10A, tapi kini kena publish jurnal yang berimpak tinggi. Susahkan, tapi kalau tahu teknik yang betul. Maka nak dapat tu agak memudahkanlahkan. Sebab atleast kita dah ada guide dan tahu apa yang do and don’t  dalam menulis jurnal yang berimpak tinggi. Insyallah. Hahah agaknyalah. Saya pun baru nak belajar menulis high impact jurnal ini. Selain itu, kami juga dapat mug daripada urusetia. Jika anda berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak CCISUM ini, boleh singgah ke laman webnya : http://www.ccisum.com/

Prof Low Wah Yun
cenderamata from CCISUM
 Ok itu sahaja, terimakasih mamaku belanja kami. Opss, sekejap! ada pesanan penaja : jangan lupa siapkan jurnal tu. glurppp.. I i cip ^^'

Last day, jom balik Johor


No comments:

Post a Comment