Friday, November 21, 2014

Resepi Victoria Sandwich

Chincha mashikita..

Oleh sebab dalam group resepi yang saya follow dalam muka buku majoritinya minggu ini tengah asyik masing-masing buat victoria sandwich ini. Saya pun nak juga. Ye lah, terngeliur kot tengok masing-masing asyik upload ja gambar sandwich ini. macam sedap je..macam sedap je.

Resepi Vectoria Sandwich

Gambar orang lain punya

Bahan-bahan:
Sebuku roti potong (saya guna yang panjang punya)
1 tin sardin yang kecil
1 Bawang besar (dihiris kecil2, kalau nak lagi berasa boleh saja letak lebih)
3 tangkai cili api ( dihiris kecil2, kalau suka pedas boleh saja letak lebih)
1 biji lobak merah
1/2 biji timun
marjerin
mayonis
sedikit garam

Cara-cara membuat:
1) Sebiji lobak merah kerat 3 bahagian, rebus empuk, kemudian lenyek2 dan sejukkan.
2) Timun buang biji, parut separa halus, tapis airnya.
3) Sardin ambil isi sahaja, kuah dia amik sikit ja, sangat sikit, tak nak basah2. Lenyekkan sardin dan gaulkan dengan bawang merah, cili padi dan sedikit garam.
4) Ok langkah seterusnya saya bagi daripada yang saya sudah download daripada page itu. Senang, tak payah nak taip lagi. Jimat masa.hahha sebenarnya rasa lagi faham kot kalau tengok lukisan di bawah ini. hahah hope anda faham.

peti = peti sejuk
Hakikatnya..saya student ma, mana ada peti sejuk. Maka tak ada nak simpan semalaman dalam peti ke apa, pagi tu buat, terus potong dan terus makan masuk perut. Happy! ahhahaha

Senang saja nak buat ni, best, tapi almaklum, pisau pun tumpul, jadi saya kena sabar sikitlah bila masa nak potong tu. Tu yang rupa teruk ni, haha inilah victoria sandwich hasil air tangan sendiri. Sambil potong sambil ngap! hamboi gelojoh sungguh..hahah

ini yang saya buat, buruk sikit.hahah
Cadangan fiza, kalau nak ada rasa masam-masam sikit boleh perah air limau, tapi kalau perah air limau kena kurangkan kuantiti garam dalam sardin tu...emm masa buat untuk zati punya yang terakhir sekali, masa tu dah give up nak potong, jadi bagi zati yang belum potong, kesian zati kena makan besar2 tu, maaf tau zati. haha Untuk nana pula oleh sebab dia puji sandwich sedap, maka saya paksa dia habiskan yang mana tak habis. Dengan alasan, "orang cakap kalau siapa suka habiskan makanan nanti dia dapat kahwin dengan lelaki soleh"..hahaha maaf tau nana dan terima kasih sudi dibuli..kah3 semoga kamu betul2 dapat kahwin dengan lelaki soleh ye..amin.

No comments:

Post a Comment