Monday, November 10, 2014

Program Tausiyah Perdana bersama Habib Ali Zaenal Abidin


Kemarin ada Program Tausiyah Perdana bersama Habib Ali Zaenal Abidin di Padang Kawad UTM. Sememangnya Habib Ali merupakan salah seorang idola saya. Kalau beliau datang UTM mesti nak juga pergi. Ini kali ke-3 saya pergi ke program Habib Ali ini sepanjang saya belajar di sini. Oleh itu saya kenalkan dulu sedikit sebanyak latar belakang beliau ye. (Copy paste saja dari google)

Al Habib Ali Zaenal Abidin  .(12 April 1974)
sekali pandang, dua kali pandang, tiga kali pandang, tak jemu2..ehhe
 -Nama penuh beliau ialah Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar.. Al Habib Abdul Qadir Al Jufri merupakan pengasas bagi Darul Murtadza walau bagaimanapun Al Habib Ali Zaenal telah mengambil alih tugas berat ini. Beliau di lahirkan di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Semasa kecil, beliau pernah belajar beberapa ustaz  untuk mendalami ilmu agama.
Semasa umur 21 tahun beliau belajar di Hadramaut, Yamen atas restu ayahbondanya. Beliau juga tidak terlepas berguru dengan guru yang berpengalaman dan diantara guru yang sangat dikenali iaitu Habib Umar bin Hafidz. Majlis Ta'alim Darul Murtadza diadakan pada setiap hari jumaat pada jam 9.30 malam (selepas solat isyak) merupakan satu majlis yang mana objektifnya untuk supaya mendekati kita kepada Allah SWT dan tidak lupa kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Ok untuk program Tausiyah Perdana malam ini saya pergi bersama zati. Mulanya ingat nak pergi naik motor jek. Oleh sebab hujan, naiklah kereta, terima kasih zati. Seperti biasa acara akan dimulakan dengan qasidah. Tajuk yang diceritakan pada malam ini ialah mengenai Maal Hijrah. Sempatlah juga saya conteng catit beberapa isi:-
  • Kene belajar sejarah Nabi Muhammad s.a.w sama pentingnya macam belajar Al-quran dan sunnah supaya dapat ambil ikhtibar.
  • Agama Islam ialah agama yang telah dijanjikan mendapat pertolongan Allah. Maka kenapa kita perlu berfikir2 untuk menolong menyebarkan agama Islam?
  • Sesuatu itu terjadi bersebab dan kita perlu bergantung kepada pemberi sebab itu (Allah). Keyakinan mutlak hanya kepada Allah.
  • Adab melayan tetamu, yang menuangkan air itu yang terakhir sekali minum.
  • Hijrah bersama ilmu.
  • Perlu ada keterbukaan dalam berilmu dan tidak bersifat jumud. --> berfikiran terbuka, dapat menerima setiap pandangan orang tanpa bersifat fanatik dan membenarkan diri sendiri lalu menyalahkan orang lain.
  • Kalau tidak sehaluan pendapat, ucaplah "Semoga Allah memberkati kamu"
  • Semua pernyataan boleh benar atau salah kecuali daripada Al-quran dan Hadis.
  • Berhati-hati dalam bercakap tentang menetapkan hukum yang berdasarkan nas seperti haram, makruf, dan sebagainya.
  • Sentiasa usaha lebih untuk mencari ilmu tentang al-quran dan hadis.
  • Tidak lihat ilmu itu datangnya daripada siapa yang penting ilmu itu. Selepas perang badar, Seorang tawanan musyirikin perlu mengajar 10 orang muslimin membaca dan menulis untuk membebaskan dirinya.
Rasa beruntung sangat kerana  dapat mengikuti program ini. Serius saya terpana dengan lenturnya bicara pendakwah ini. Dalam sifat peribadi yang kelembutan, kesopanan itu ada ketegasan dalam menyampaikan mesej. Beliau tak ada pun pegang nota, semuanya tersusun rapi keluar daripada minda. Itulah kalau nak jadi pendakwah/pendidik kenalah hebat dalam ilmunya dan juga peribadinya. Hope saya juga boleh jadi seorang pendidik yang hebat satu hari nanti. amin. 
 
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia. - See more at: http://darulmurtadza.com/habib-ali-zaenal-abidin-al-hamid-3/#sthash.XJ4QgKLY.dpuf

Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia. - See more at: http://darulmurtadza.com/habib-ali-zaenal-abidin-al-hamid-3/#sthash.XJ4QgKLY.dpuf

No comments:

Post a Comment