Tuesday, November 11, 2014

Resepi Kuih Ondeh-ondeh

Nama lain bagi kuih ondeh-ondeh ni adalah kuih buah melaka..saya pun tak tahu kenapa nama dia begitu. Ok first time saya buat kuih ni masa kenduri di rumah masa sekolah menengah dulu. tipu. Dulu tolong buat je, bukan saya yang buat. Saya tolong rebuskan jek..hahha

Tapi sekarang bila tengok resepi google, macam senang ja. Jadi ini adalah kuih yang rajin nak buat kalau ada kelapa parut. Last saya buat kuih ni masa nak sambut birthday dak kamis dan fahmi oktober lepas. Dalam sejam pun dah boleh siap dah buat kuih ni.

google image je sebab tak ada ambil gambar masa tu

Bahan-bahan:-
Tepung pulut
pewarna pandan warna hijau (suka hati nak pakai brand apa pun, saya pakai yang serbuk yang murah je, saya student ma, so kene pandai berjimat..ehhe)
Gula melaka (dipotong dadu kecil2)
Sedikit garam
Sedikit air
Kelapa parut (diletakkan garam sedikit)

Cara-cara membuatnya:-
1)Tepung pulut campur sedikit saja pewarna pandan dan digaulkan dengan air dan sedikit garam sehingga sebati. Rasa la sedikit adunan tu agar tak terlalu tawar atau masin.  Pastikan adunan tu jadi kepal elok. Ada orang gaulkan sekali dengan kapur, tapi saya tak guna sebab tak nak periuk berbekas dan juga sebab nak jimat pun ye juga..hahah
2)Ambil sedikit adunan tu dan bentukkan bulat macam guli. Kemudian tekan dengan ibu jari supaya leper. Selepas itu, masukkan gula melaka yang dipotong dadu tadi ditengah2 dan bulatkan kembali adunan kuih buah melaka tu tadi.
3)Semasa nak buat adunan tadi tu dah boleh standby panaskan air siap-siap untuk rebus kuih ini. Bila  air sudah mendidih, masukkan buah melaka yang dah jadi bulat-bulat tu. Ia akan tenggelam. Tunggu sampai ia timbul ke permukaan air yang menandakan ia sudah pun masak sepenuhnya.
4)Angkat dan terus golek-golekkan pada kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam sedikit agar tak rasa terlalu tawar kelapa parut tersebut.
5) Kalau boleh gula melaka tu potong la besar sedikit, sebab kalau makan berasa la manis gula melaka tu. Tapi masa saya buat hari tu, oleh kerana gula tu agak keras, jadi saya potong kecik2 je..hahaha.

Alhamdullilah dapat sambut juga birthday dua orang budak tu. hahha sebab sebenarnya agak lebih seminggu jugalah plan nak sambut birthday budak ni. Kononnya nak makan kat seoul garden la bagai tapi akhirnya masak sendiri, makan sendiri kat kafe kdse ja. Selain kuih ondeh-ondeh, saya juga ada masak bihun tomyam, spageti bolognese dan air koktel buah. Nanti bila time free saya sharekan resepi tersebut ya. Selain itu, syahrul juga ada belikan kek dan bawa keropok inang-inang. Juga memeriahkan majlis ialah Nita. Inilah kawan-kawan saya semasa di Korea dulu. 

Masa tu tak ada bagi hadiah pun, jadi ini sahajalah hadiahnya, Syahrul bagi seorang satu


No comments:

Post a Comment