Wednesday, November 12, 2014

Perasaan ini


Jumpalah mamaku petang tadi..diskus sikit, cadangan sikit. Gedebak-gedebok-gedebak-gedebok..memory full…emm nak cerita apa ek? hahhahah

Sememangnya perasaan “ini” selalu  muncul bila keluar sahaja daripada bilik supervisor kot. Yang mana, hati akan berkata “banyaknya tak siap lagi, boleh ke siap?” dan otak pun nak berkata “nak tak nak memang kena siapkan jugalah, jadi redah jela”..

Rezeki hari ini hujan mencurah-curah ke ladang gandum, makanya saya tersekat di fakulti seorang diri. Sementara nak tunggu hujan berhenti tu solat asarlah sekejap. Masa ini juga lama jugalah termenung sebenarnya mengenangkan masa hadapan. Layan perasaan lebih..hahaha Tunggu punya tunggu punya tunggu macam tak ada harapan ja nak berhenti hujan ni. Jadi jam 6.30 petang tu pun teruslah redah hujan juga. Sejuk wei..bawa motor slow saja sebab jalan licin dan penglihatan yang bermasalah lagi dengan berkaca mata ini. Memang rasa nak demamlah masa balik tu. Mandi…lapar pula..emm nak makan tapi malas nak buat apa-apa. Hahah dasar pemalas kamu ya..
Jadi masak nasi, buat megi tambah telur, makan dengan tomato fresh. Ha…inilah makanan saya masa kat korea dulu kalau agak-agak dah malas atau tak ada barang nak masak.hhaha kami student ma..tak kisah sangat bab makan ni, asalkan makan. ye dop.. Kemudian tidur.. Perghhh awalnya tidur hari ini. Jam 8 .30pm dah tidur. 

Padah tidur awal jam 11.30malam dah terjaga. Elok pula mata ni segar, rasa nak demam tadi semuanya dah elok.  Perasaan yang gusar gelisah semua hampir dah hilang. Jadi apa nak buat yek? Saya pun buatlah list apa yang perlu dibuat untuk master saya selepas sesi discussion dengan mamaku petang tadi. 

Kemudian, ok kerja hari ini dah siap, (buat list je pun, keje tak buat lagi..hahhaha) jom start connect to wifi UTM dan kshow time! Hahha memang tak boleh pakai..hey penting tau, sebelum jumpa mamaku biasanya saya akan siapkan kerja dulu (kalau boleh siaplah) dan tangguhkan keinginann diri yang membuak-buak daripada tengok korea. Jadi lepas dah tunjukkan kerja tadi, haruslah reward diri sendirikan. Hahaha biasa running man dulu, tapi episode minggu ni tak best sangatlah. Kemudian tengok We Got Married pula, saya hanya tengok part pasangan Yura dan Jonghyun.tak follow sangat WGM ni sebenarnya. Actually saya suka gaya gelak Yura tu ja, nak tengok dia gelak ja, hahahhahah tunggulah tak lama lagi saya punya gelak macam tu pula.

Bila cerita bab ketawa dan gelak ni, saya ada 1 masalah personaliti dalam bab ini, yang mana saya tak akan gelak sopan, sebab adalah kejadian masa sekolah menengah dulu. Yang selepas kejadian itu, saya akan tengok cerita yang ketawa pelakon dia ntah macam apa-apa ja dan saya akan tiru gaya ketawa tu. Contohnya yang pernah saya tiru, gaya ketawa Mak Lampir, gaya ketawa Rika Sumanto dalam cerita Bawang merah bawang putih Indonesia dan terkini gaya ketawa saya tiru dalam cerita melayu apa pun saya dah lupa. Maafkan saya. Saya pun tak tahu macam mana nak atasi masalah ini. Hahhaha tapi tunggu gelak terbaru  saya gaya Yura ok! Hahaha


Ok dah jam 3.30pagi. Tidur tidur, esok pagi ada program bersama pelajar Jepun. Wee ^_^

p/s: handle your stress first dan kemudian yang lain akan menjadi lebih mudah insyallah..Cehh ok bye..

No comments:

Post a Comment