Sunday, December 14, 2014

Kolokium terakhir untuk semester ini

Kolokium ini penting sangat untuk seseorang yang bergelar pelajar full research. Sebab2nya:-
  1. Kita tak ada kelas, jadi inilah kelas kita. 
  2. Merupakan medan ilmu untuk kita timba sama ada daripada mendengar presentation, mendengar perbincangan dalam kolokium itu, atau kita sendiri nak bertanya dalam kolokium tersebut.
  3. Masa inilah juga kita nak cari peer yang siapa punya research seakan2 kita punya, contohnya pakai method yang sama jadi kita boleh rujuk pada peer kita tu untuk memudahkan urusan research kita.
  4. Kita boleh tanya pendapat orang lain, pensyarah lain tentang research kita, kita juga boleh tahu research orang lain. Jadi banayk sikit ilmu tu.
  5. Masa ini kita boleh dok usha siapa2 yang hensem2 cun2....hahhaha sambil menyelam minum air..bolehkan..
 Tapi untuk kolokium kali ini lain sikit sebab ianya kolokium yang terakhir untuk jabatan kami iaitu Jabatan Multimedia Kreatif. Terakhir untuk semester inilah sebab dah nak habis sem. Semester depan ada lagi. Mungkin ini juga kolokium yang terakhir untuk saya sebagai seorang pelajar master. Wallahhualam.

Ok tajuk kolokium pada hari ini ialah How to Passed Your Viva. Hebatkan tajuk ni. Tambahan lagi yang membentangkan tajuk ini pun hebat juga orangnya, Kak Farhana dan Kak Azlina. Dah jadi Dr dah. Mereka berdua dapat menyiapkan PhD mereka hanya dalam masa 3tahun sahaja. Graduated on Time. G.O.T..Bukan senang nak GOT ni tau. Ianya hasil usaha, berkat dan rezeki mereka. Gembira apabila mendengar presentation mereka. Rasa ingin turut untuk GOT tapi emm...insyallah moga2 GOT.

Untuk hari ini, mamaku menjadi moderator kolokium. Selepas Kak Farhana dan Kak Azlina berkongsi rahsia tips Passed Viva masing2, saya pun yang tengah duduk kat belakang dengan selambe badak  boleh cakap "Dr pula lah share juga" opps..Mamaku juga salah seorang calon yang baru sahaja pass Viva PhD sama seperti kak Farhana dan kak Azlina. Tapi perjalanan mereka berbeza, jauh berbeza. Dengan senyuman mamaku pun berdiri dan pergi ke depan untuk membuat sendikit perkongsian. Dia pun layan je permintaan anak didiknya ini.hahha

Apabila mamaku berada di hadapan itu, hanya air matanya yang mengalir tanpa sebarang kata-kata untuk beberapa ketika. Perasaan hiba itu boleh pula berjangkit kat saya yang tengah duduk kat belakang tu, ok bergelinanganlah juga sekejap. Its just because I know that she very struggling in doing her PhD. Selama dua tahun saya dibawah penyeliaan beliau, saya hanya tahu sedikit sahaja tentang journey PhD beliau, yang selebihnya hanya beliau yang tahu sendiri. You know what, masa ni saya rasa saya nak pergi ke hadapan dan memberi mamaku sebouquet bunga yang besar. Dengan harapan dia akan terus happy dan dah tak sedih2 lagi. Nak pujuklah konon, tapi angan2 je, tak buat pun, selalu buat dia terasa hati adalah...hahah eh tapi orang perempuan akan happy bila dapat bunga. Betul tau.

Selepas itu ada sedikit ucapan daripada Prof Zaida, Dekan School of Postgraduate Studies (orang kuat tu) dan Ass Prof Dr Noraffandy (Timbalan dekan FP). Kemudian ada makan2 tajaan kak Farhana dan kak Azlina. Ada kek, mee singapore, roti jalan, kuih 2 jenis dan air cocktail sedap.. Ok muka tak malu dah siap bawa tupperware untuk bungkus bawa balik. Suka hatilah, kan tak membazir namanya tu..hehhe

Masa ni handphone mak cik tertinggal di bilik, jadi no photo for tatapan umum..huhu

Thanks for the good sharing and delicious foods today. alhamdullilah ^_^V

No comments:

Post a Comment