Tuesday, January 31, 2017

Submit pembetulan tesis after viva, esok kerja

Fuhhhh

nak start cerita dari mana ek?
saya tak tahu nak cakap macam mana...
emmm..

ya memang da hantar. walaupun tahap da lepas viva, da tahap siap hantar pembetulan. masih lagi ada perasaan bimbang. "selawat banyak3 radhiah", Dr Norah selalu cakap macam tu...saya ni tak tahu nak buat macam mana supaya dapat memadamkan atau kalau dapat mengurangkan pon da cukup ok kot rasa kebimbangan ini.

Bimbang sebab ape?

Saya rasa tesis saya tu belum capai ke tahap yang sepatutnya dia selayaknya berada. Tu la tapi..tuan badan da rasa tak larat nak hadap lagi.

Tak tahu sama ada waktu ini saya patut redha atau pasrah.

Saya sudah berusaha, tapi saya rasa saya mampu buat yang lebih baik. tu la tapi.. terdapat banyak sangat kekangannya.

Terasa diri ini terlalu zalim apabila setiap kali saya cuba untuk menyenaraikan kekangan dalam menyiapkan master ni. Ya kekangan itu ada dan sering datang, tapi Allah kurniakan segala manusia yang baik-baik membantu menempuhi perjalanan ini. Jadi apa lagi yang hendak saya rungutkan. Bukankah bersyukur itu lebih banyak manfaatnya?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Esok masuk kerja. lagi satu kebimbangan yang meronta dalam jiwa. Terlalu banyak kerja di sekolah. Bukan kerja mengajar, tetapi kerja-kerja sampingan.
Memang saya risau jika banyak komitmen kerja, maka kualiti kerja akan berkurangan.

Semoga Allah sentiasa membimbing hambaNya yang lemah ini.





No comments:

Post a Comment